Aug 28, 2014

Ratu Hati

Tiada lagi nasihat. Tiada lagi kata semangat. Tiada lagi pemberi kekuatan. Tiada lagi senyum manis. Tiada lagi gelak tawa. Sunyi. Sepi. Empat bulan dah berlalu. Masih lagi aku belum biasakan diri dengan ketiadaan ibu. Mungkin takkan boleh biasakan. Lain. Lain sangat.

Bukan niat nak buat drama. Bukan niat nak carik perhatian. Kau tak rasa apa aku rasa. Hanya orang yang kehilangan faham perasaan orang yang kehilangan. Yang lain hanya sekadar memberi kata semangat, padahal kita semua tahu yang itu takkan pernah merubah keadaan. Hanya sekadar buat syarat. Syarat untuk penuhi erti perikemanusiaan.

Mungkin hanya masa yang akan sembuhkan segalanya. Entah bila itu hanya Yang Maha Pencipta yang tahu. Mungkin esok. Mungkin lusa. Mungkin seribu tahun. Kekuatan dariMu Ya Allah, itu yang aku perlukan.

Amin. Ya Rabbal alamin. Alfatihah buat ibu.

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.