Dec 26, 2013

nilai sebuah tangisan

kadang-kadang, kita perlu menangis. untuk sedar yang setiap kekuatan pasti ada kelemahan. kadang-kadang, kita perlu menangis. untuk sedar yang kita perlu tunduk ke bawah selepas sekian lama mendongak ke langit. aku menangis. kau menangis. dia menangis. semua orang pernah menangis. dan tangisanku sekarang ini, sebab aku tahu ujianMu ini adalah tanda kasih sayangMu. aku menangis, sebab aku tahu, dugaanMu ini adalah tanda cintaMu dan tanda rahmatMu.

Ya Allah, biarkan aku terus menangis. kekuatan dariMu, itu saja yang aku perlu.









No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.