Nov 14, 2012

SERBA SALAH


Kalau kau jadi aku , apa yang kau akan buat?!

Perkara satu:

Kelas kau habis awal. Biasa lah , lepas kelas mesti perut rasa lapar. Belajar memang memenatkan. Lagi penat daripada main futsal , mungkin. Dah selalu makan tempat yang sama , kadang-kadang nak jugak makan dekat tempat lain. Kau rancang nak makan dekat foodcourt B. Agak jauh sikit tempatnya. Kalau nak teduh , kena lalu ikut library. Ok bila tengah kau on the way nak pergi foodcourt tu , mata kau terlekat dekat sorang awek yang serious cun. Kau usha dia , dia usha kau. Tapi dia tak la usha direct. Cuma jelling-jeling kat kau. Tiba-tiba awek tu terjatuh. Terseliuh kaki dia tersepak batu. Kau berhenti kejap. Ragu-ragu nak tolong atau tak. Kalau tolong , kau kena angkat dia. Bukan muhrim , takut dia tak selesa. Nanti dia sound kau , tak pasal kau yang malu. Kalau tak tolong , rasa bersalah pulak sebab dia jatuh memang betul-betul depan bijik mata kau. Silap-silap nombor handphone dia dalam genggaman kau je. Lama jugak kau tercongok kat situ. Masih berfikir , patut atau tak kau tolong dia.

Perkara dua:

Ayah kau baru balik dari oversea. Dah sepuluh hari tak jumpa family , mesti nak spend time together-gather kann. Ayah kau belanja makan dekat satu restoran dekat seksyen 16. Agak mewah jugak tempat tu. Tak kisah lah. Bukan selalu dapat makan sedap. Kau order char kuew teaw. Ok itu memang feveret kau and also special dish dekat situ. Tengah-tengah kau makan , tiba-tiba ada sorang mamat yang datang dari celah mana , duduk dekat sebelah adik kau. Dia tenung adik kau. Muka memang stim habis. Baru kena syabu barangkali. Dia nampak macam tak siuman. Kau biarkan je. Mamat tu still pandang-pandang adik dengan akak kau. Kau biarkan lagi. Bila dah lama sangat dia macam tu , ayah kau naik angin. Ayah kau halau mamat tu keluar daripada restoran. Takut dia apa-apakan family kau. Kau serba-salah. Kau kesian kat mamat tu sebab dia manusia biasa , tak mintak pun dilahirkan tak siuman. Tapi dalam masa yang sama , kau pentingkan keselamatan family kau. Kau hanya mampu tengok je mamat tu keluar daripada restoran.

Perkara tiga:

Satu hari , kau makan dekat mamak. Selera betul kau makan masa tu sampai tak toleh kiri kanan. Lapar sangat barangkali. Tiba-tiba ada sorang perempuan datang. Nak mintak derma untuk sekolah katanya. Nampak gaya dia macam sebaya dengan kau. Comel , boleh tahan. Sedap mata memandang orang kata. Kau seluk kocek , cuma ada seringgit je. Takpe lah. Better than nothing kan. Lebih kurang 20 minit lepas tu kau balik. Kebetulan pulak minyak kereta nak dekat kong. Singgah Shell yang berdekatan. Betul-betul lepas kau parking sebelah pam minyak tu , ada sorang perempuan datang. Muka dia macam pernah kau tengok sebelum ni. Yup , dia orang yang sama masa dekat restoran mamak tu. Kesian kau tengok muka dia. Penat berjalan jauh. Kau seluk kocek lagi , cuma ada 20 ringgit ngam-ngam untuk isi minyak kereta. Kau pandang dia , kau pandang kocek. Kau pandang dia balik , kau pandang kocek balik. Raut wajah dia memang boleh buat kau kesian.  Serba salah kau dibuatnya.

(….)


No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.