Nov 14, 2012

redha dan ikhlas , satu kemestian


Bila aku bangun pagi , aku pandang luar tingkap. Termenung. Fikir pasal hidup aku yang penuh dengan dugaan. Kadang-kadang aku rebah , kadang-kadang aku jatuh. Tak berdaya. Saat diri aku terasa begitu lemah , aku letak tangan dekat dada. Terasa degupan jantung. Aku tahu Allah masih sayang aku. Allah masih bagi aku peluang untuk aku teruskan hidup dan perbaiki apa yang kurang. Syukur. Ada orang yang tak panjang umurnya. Ajal maut semuanya dah ditetapkan. Tak lambat , dan tak cepat walaupun sesaat. Aku adalah salah seorang diantara hambaNya yang masih diberi peluang untuk beribadat sebanyak mana yang mungkin sebagai bekalan untuk menghadapNya di akhirat nanti. Insyaallah , aku cuba. Aku juga hamba yang lemah , tak lepas daripada kelalaian dan sifat malas. Tapi aku tahu yang tu semua tak boleh dijadikan alasan. Bekerja bagai hendak hidup seribu tahun lagi , dan beribadat bagai hendak mati esok hari. Aku pegang kata-kata tu. Ujian dan dugaan adalah salah satu cara Allah menunjukkan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya , dan Allah takkan menguji melebihi kemampuan hambaNya. Aku cuba untuk redha atas semua dugaan yang aku hadapi. Itu sahaja cara untuk tenangkan hati dan aku tahu yang redha itu adalah satu kemestian dalam setiap perkara yang aku buat. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Mudah-mudahan.

Ikhlaskan hati aku dalam menjalani kehidupan ini , wahai Tuhan yang Maha Mengasihani. Amin.



No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.