Aug 4, 2012

short live

semalam masa bangun pagi , tiba-tiba dapat mesej , ada tiga budak uitmpp meninggal accident motor dekat simpang tiga nak menghala ke carrefour. innalillahi wainna ilaihi raji'un. betul kata orang , mati tak kira tempat , masa , umur dan keadaan. bila Allah cakap masa kita dah sampai , kun fayakun. sekelip mata je nyawa kita boleh melayang. bila Allah menghendaki sesuatu , tidak ada satu tangan pun yang boleh menghalangnya. berkat kalau meninggal hari jumaat , lagi-lagi bila bulan puasa camni.

*Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.

*Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur

tapi macam mana kalau dorang tu meninggal sebab merempit? adakah dorang pon dapat ganjaran yang sama? ambik masa sikit , fikirkan sejenak.

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.