Apr 2, 2012

bangun dan mula bertatih. itu yang sebaiknya.

masa last day kat uitm hari tu, aku sempat makan malam dengan family aku kat sana. yup , persatuan kesenian islam dah aku anggap macam family aku dan semua ahli persatuan tu dah macam adik-beradik aku.

sambil tangan menyuap nasi ke mulut , sempat jugak aku berbincang pasal paper ESE242. susah. itu je yang dapat kitorang gambarkan. masing-masing hanya mampu berdoa supaya tak repeat paper tuh. mudah-mudahan.

:: kau memang minat ke electric nih?


// takde la minat pun. tapi aku dah ada dalam bidang ni , so aku kena berusaha untuk survive. sebagai contoh; payung terjun. bila kita dah terjun , kita mesti berusaha untuk bukak payung terjun tu walau macam mana cara sekali pun untuk kita landing dengan perfect. dah tak boleh nak patah balik. hanya boleh berusaha sedaya-upaya. 

kata-kata tu buat aku berfikir seketika. betul apa yang dikatakan. sekarang ni bukannya masa untuk menyesal. nak patah balik pun tak guna. perjalanan sudah lebih separuh. hanya beberapa langkah sahaja untuk sampai ke destinasi. berusaha sedaya-upaya. kalau kita cuba , insyaallah kejayaan menanti. kalau kita hanya duduk dan leka , jangan merungut jika kejayaan bukan milik kita.

Ya Allah , kuatkan semangatku. amin.

2 comments:

Anonymous said...

tu dia.. ble presiden kte berkata2, pnuh makna.. pe pn.. all da best la.. smoge trus maju jaya... program utk sem dpn pn dh lulus, smoge prgram 2 dpt dijln kn dgn lancar.. (^_^)

~K.A.R~

zarif shuhaimi said...

insyaallah kak.

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.