Mar 22, 2012

sometimes its good to do mistakes

Sejak kita masih di tadika lagi , kita selalu ditanya apa yang kita nak jadi pada masa depan , apa cita-cita kita bila dah besar nanti. Jawapan yang selalu kita bagi; angkasawan , doktor, polis. But in my case , i want to be a prime minister. Hell yeah!

Bila kita berganjak ke sekolah rendah , kita ditanya lagi tentang cita-cita kita. Jawapan kita; engineer , pelakon , usahawan , askar , model. But in my case , i like to be a surgeon. Sounds cool hah? Memang bangga gila dengan cita-cita aku masa tu.

Tapi bila kita dah semakin meningkat dewasa sekarang , ibu bapa dan cikgu-cikgu mahukan jawapan yang serious. Hmmm.. how about this? Who the hell knows? Takde siapa yang tahu perkara pada masa depan dan apa yang kita akan jadi bila dah besar nanti.

Sekarang bukannya masa untuk buat keputusan yang sukar dan tergesa-gesa. Sekarang adalah masa untuk membuat kesilapan kerana kita belajar daripada kesilapan. Kesilapan akan mendatangkan pengalaman dan pengalaman mematangkan kehidupan.

Change our mind , and change it again because nothing is permanent. So , buatlah kesilapan sebanyak mana yang boleh dan pastikan kita belajar daripada kesilapan-kesilapan itu. Dengan itu , bila ada yang bertanya apa yang kita nak jadi pada masa depan , kita tidak lagi perlu berteka-teki. Kita akan tahu masa depan kita dengan sendiri. Just let it go with the wind and learn from it.

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.