Feb 10, 2012

putus asa? mungkin.


bila teringat masa depan , aku tak tau still ada harapan untuk aku ke tak. kadang-kadang aku rasa hampir putus asa. semester ni aku rasa sangat sukar untuk aku. lepas dapat test hari tu , semua orang gembira dengan keputusan flying colours masing-masing. aku je yang masih menongkat langit.

aku dah belajar sekuat yang boleh , tapi still macam tu. aku dah cuba stay up selama mungkin , tapi still jugak macam tu. aku tak tau nak buat apa. hati rasa susah sangat nak faham apa sebenarnya subjek tu. kepala rasa berat , bengap semua ada. tak tahu nak buat apa lagi.

kadang-kadang aku rasa yang aku dah pilih jalan yang betul , jalan yang lurus tapi rupa-rupanya jalan yang aku pilih tu lah yang paling gelap. sangat. tak nampak apa-apa. sekarang aku kat jalan mati. tunggu untuk aku ditunjukkan kembali ke jalan yang sebenar.
hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.