Feb 21, 2012

dugaan juga satu rahmat


hidayah Allah datang dalam pelbagai cara. adakala kita sedar dan adakala tanpa kita sedar. dugaan juga merupakan satu rahmat daripada Allah SWT. ia merupakan salah satu cara Allah menunjukkan kasih sayang kepada hambaNya.

minggu lepas aku ditimpa bencana. motor yang aku naik merempuh sebuah kereta yang datang secara tiba-tiba. masa dah terlantar kat atas jalan raya tu , aku rasa sesuatu. aku tahu itu semua dugaan daripada Allah dan Dia takkan menduga hambaNya lebih daripada kemampuan.

aku hanya mampu beristighfar. melihat kereta yang menyebabkan aku kemalangan itu berlalu pergi begitu sahaja , dalam diam-diam hati aku menyuruh aku untuk banyak bersabar. mengingatkan aku bahawa Allah sentiasa ada bersama dan sesungguhnya Dia yang Maha Adil. aku tak mampu nak menghukum manusia. hanya Dia yang berhak menentukan segala-galanya.

yup. bancana juga satu rahmat. membuatkan kita mengingati apa dosa yang telah kita lakukan dan secara tak langsung akan mendekatkan lagi diri dengan Yang Maha Pencipta. insyaallah.
hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.