Nov 27, 2011

: tolong beri aku Jawapan

saat membaca coretan-coretan dalam diari maya kepunyaan kau , dapat aku lihat betapa gembiranya hatimu kini. senyum sering terpalit di setiap saat kau bersama si dia. berbeza ketika bersamaku dulu , sangat berbeza.


mungkin aku tidak dapat membawa sinar dalam kehidupan kau seperti yang telah si dia berikan. aku terima itu. tapi yang aku kecewa , kau telah menyisihkan aku daripada kehidupan kau tanpa sebab yang boleh diterima akal manusia yang waras.


sampai sekarang ia masih bermain-main di kepala comelku , menanti seribu jawapan dari kau. aku hanya mahukan jawapan , supaya aku boleh percaya kata-kata 'semua yang berlaku pasti ada sebab'.

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.