Nov 12, 2011

taste aku tinggi tahu !!

hari sabtu. jam menunjukkan pukul 8.30 malam. 


TV samsung yang terletak kemas di ruang tamu di-on kan. sebentar lagi Masterchef Malaysia akan bermula. tak sabar rasanya. aku layan jugak citer tu sebab hidangan yang disediakan semuanya superb dan menyelerakan. membuatkan perut comelku sentiasa berasa lapar bila tengok citer tuu.


bila tepat pukul 9.00 malam , Masterchef Malaysia yang diharapkan tidak disiarkan. baru aku teringat , malam ni ada AIM 18. arghh dem dem. dengan wajah hampa , aku duduk jugak menonton. penat tadi aku bermati-matian meneran supaya aktiviti qada' hajatku berakhir dengan cepat , semata-mata nak tengok Masterchef Malaysia. dem lagi .


setelah hampir dua jam program itu berlangsung , kelihatan Najwa Latif membuat persembahan. sungguh manis berbaju putih dan bertudung hitam. mata aku tak terlepas memandang kaca televisyen. mulut agak ternganga sedikit. comel , suara yang merdu , membuatkan aku sedikit gila bayang.



lama betol aku ternganga. tetiba teringat balik time Najwa buat cover lagu-lagu kat youtube. first lagu yang buat aku terpikat ialah apabila beliau menyanyikan cover aishiteru. masa tu Cinta Muka Buku belum wujud lagi. 

daripada situ , aku download semua cover yang beliau upload dalam youtube. siap buat folder khas tertera 'najwa latiff' dalam lappy kesayanganku. member-member semua gelakkan aku. cakap aku takde taste lah , itu lah , ini lah. ahh persetankan itu semua. 

beberapa minggu kemudian , lagu Cinta Muka Buku mula meletup dan nama Najwa Latif dah makin femes. hampir kesemua radio memainkan lagu beliau dan sering kali berada di ranking teratas carta-carta lagu di Malaysia. aku bangga sebab Najwa Latif yang aku minat sejak beliau bukan sape-sape dalam industri muzik , sekarang sudah sebaris dengan artis-artis di Malaysia.

pesanan untuk member-member aku: dulu korang gelakkan aku sebab minat Najwa Latif. sekarang turn aku pulak gelakkan korang sebab budak hingusan yang aku minat dulu tu dah jadi superstar. siapa yang takde taste sekarang? pants off guys. LOL.

XOXO Najwa Latif <3 :D

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.