Nov 25, 2011

sangat tak awesome .

Situasi: Sesudah habis kelas EPO243
Destinasi: TGV Jusco Seberang Perai

Kitorang kalau ada masa lapang , mesti akan tengok wayang. Bukannya nak membazir duit or boros , just nak mengisi masa lapang yang sangat berharga. Lebih baik tengok wayang daripada buat perkara tak senonoh , betol tak?

Macam biasa , aku mesti akan cadang movie apa yang nak tengok. Confirm la nak tengok movie yang fresh , so my choice , Twilight: Breaking Dawn Part 1. Terbaik kot. Tapi semua tak setuju. Cakap tu citer gay , romen2. Sentap? Jangan tanya .

In short , majority dah pilih Misteri Jalan Lama sebagai tontonan pada hari tu. Aku terpaksa ikut. Aku takde kuasa veto nak suruh sana suruh sini. Mata terpandang poster movie tersebut. Tertulis ‘daripada penerbit Hantu Kak Limah Balik Rumah’. Mungkin gempak movie ni , bisik hati aku.

Kaki perlahan melangkah menuju pintu panggung. Berbekalkan perasaan terpaksa , aku gagahkan jugak bontot aku untuk duduk. For starting , maybe okey , boleh layan. Tapi jalan ceritanya berubah menjadi sangat slow. Very the slow , orang putih kata. Okey still boleh layan. Tapi lepas tu cerita berubah menjadi sangat mengarut dan merepek. What the hell man?

Kaum bunian yang diserang oleh sekumpulan raksasa yang aku tak paham apa yang dorang cakap , kostum bunian yang sangat tak awesome , kuasa yang serupa macam dalam cerita Ultraman , orang bunian yang boleh terbang sana terbang sini. Itu review yang aku dapat daripada movie Misteri Jalan Lama. Sangat , sangat , sangat tak awesome!

Aku dah rasa macam orang bodoh duduk dalam panggung. Macam tengok citer kartun masa zaman kanak-kanak dulu. Aku bagi ½ bintang daripada 5. Itu movie paling arghhhhh yang pernah aku tengok kat wayang. Duit yang habis melayang , bontot yang kebas dan ditambah pulak dengan badan yang sejuk kemain. Aku toleh kanan , toleh kiri. Ucapan tahniah aku ucapkan kat member aku. Memang pilihan yang sangat TEPAT. Tangan didada , mata ke atas. -_-''

Sebab tu aku tak suka tengok movie melayu kat panggung. Bukannya aku tak nak support filem tempatan , tapi kalau macam ni hasilnya , aku rasa baik tak payah la. Lupakan saje. Sorry , but that’s the fact. Menyesal , menyesal sangat. Damn , damn , damn . . 

Pengajarannya , fikir masak-masak sebelum decide movie. Kalau terlebih masak lagi bagus. Hangus terbakar pun takpe. Asalkan tak menyesal kemudian hari. Arghhhhhhh still damn!! Grrrrr….

2 comments:

alin alias said...

hahah..hang pi nengok tu pasai pa..sensorang layan twilight sudaaa..

zarif shuhaimi said...

ikut member. huu sedih :'(

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.