Nov 7, 2011

ketika seragamku berwarna putih

petang yang hening , sejuk , ada tanda-tanda hujan akan turun. badan yang sudah lama dibiarkan terlentang di atas katil sambil tangan pantas menaip pada papan kekunci lappy aku yang berwarna hitam.


sesekali aku membelek folder gambar dan terlihat gambar-gambar sewaktu zaman sekolah dulu , membuatkan aku terkenang ketika zaman aku memakai seragam putih. yup , aku rindu zaman sekolah menengah.


banyak kenangan yang dah aku lalui sepanjang zaman itu. tak kira manis ataupun pahit , semuanya amat bermakna bagi aku. nakal? jangan tanya. kata orang , kalau nakal tu biasa la. budak-budak . 


cikgu-cikgu yang banyak bersabar dengan kenakalan aku , member-member yang selalu ada bersama ketika susah mahupun senang , semuanya kekal di dalam ingatan dan akan menjadi kenangan sampai akhir hayat.


semoga kenangan zaman sekolah menengah terus berada dalam benak sanubari korang semua sampai bila-bila. ingatlah , masa itu tidak akan berulang kembali. hanya kenangan bersama-sama yang menjadi peneman di kala kerinduan.


aku rindu kamu , SAMTAJ yang gemilang .
salam sayang daripada hati yang ikhlas .

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.