Nov 8, 2011

kejayaan pasti milik kita

Kalau tanya ape movie favourite aku , jawapannya satu sahaja , 3 IDIOTS.

Aku dapat rasa movie ni dekat dengan hati aku. Banyak pengajaran dan persamaan dengan kehidupan aku yang sebenar. Movie ni dah dedahkan macam mana kehidupan seseorang yang bergelar student engineering.

Yup , jadi student engineering bukannya senang. Too much stress , too much pressure. Terlalu banyak tekanan yang harus dilalui. Sampai kadang-kadang aku ada rasa depressed yang teramat sangat especially bila nak dekat final. Hidup jadi tak tentu arah.

Study to be accomplished , not affluent. Follow excellence , and success will chase you!

Quote yang sangat bermakna untuk aku. memberi semangat untuk terus berjuang walau sesukar mana pun bidang yang diceburi. Sesuatu bidang tanpa minat dan semangat yang mendalam tidak akan membawa kita ke mana-mana. Passion is the key.

Kejayaan dimulakan dengan niat yang ikhlas , minat yang mendalam , usaha dan semangat yang tinggi yang tidak ada tolok bandingnya , dan diakhiri dengan tawakal serta redha kepada Maha Pencipta. Itulah yang aku belajar tentang asal usul kejayaan.

Sesuatu yang dilakukan dengan paksaan tidak akan mendatangkan apa-apa makna melainkan mental depression dan emotional disturbance. Tidak perlu ambil kira apa orang lain kata , just jadi diri sendiri sebab hanya kita yang tahu macam mana diri kita yang sebenar-benarnya.

Sekali gagal tidak bermakna gagal selamanya ,
Insyaallah kejayaan pasti berada dalam genggaman.
Amin Ya Rabbal alamin . . 

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.