Nov 7, 2011

bersyukur walau tak seberapa .

result sudah keluar. seperti yang aku dah expect awal-awal lagi , result aku tak flying colours macam orang lain.


tapi aku bersyukur. bersyukur sangat-sangat sebab lulus semua subjek , takde yang repeat. itu pun dah cukup puas hati bagi aku. Alhamdulillah. bersyukur pada-Mu Ya Allah.


aku akan terus berusaha , dan berusaha sedaya upaya untuk menaikkan pointer aku sem depan walaupun subjek semakin susah. aku akan tetap mencuba. usaha itu penting. Allah pandang pada usaha , bukan hasilnya. insyaallah. mudah-mudahan berjaya. 


kepada yang berjaya dengan flying colours , tahniah untuk korang. kepada yang tidak begitu cemerlang , ingatlah sekali gagal bukan gagal untuk selamanya. berusaha sampai berjaya. insyaallah ada berkat di situ. ingatan untuk aku juga. kita doa sama-sama. moga kejayaan milik kita di masa akan datang. amin .


terima kasih , Ya Allah .

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.