Nov 2, 2011

aku hanya ingin menjadi diriku .

Semua orang mahu hidup berumah tangga. Takde siapa yang nak hidup membujang sampai ke tua kan. Yup. Aku rasa , impian yang paling besar bagi seorang girlfren/boyfren ialah melihat pasangannya berjalan menuju kearahnya dengan memakai baju pengantin sambil tersenyum sambil berkata 'saya sudah sedia untuk hidup susah dan senang bersama awak selama-lamanya.'

Sudah pasti hari disatukan itu akan menjadi hari yang paling bahagia dan penuh bermakna bagi setiap pasangan. Dan airmata kebahagiaan pasti berlinang di pipi ibu bapa yang lega kerana anaknya sudah menemui jodoh dan melangkah ke fasa baru dalam kehidupan iaitu fasa perkahwinan.

Semua orang pasti mengidamkan ciri-ciri yang sempurna daripada pasangan masing-masing. Bagi yang perempuan , pasti inginkan calon suami yang romantic macam Seth Tan , ataupun macho dan kuat pegangan iman macam Aidil NurKasih. Bertuah siapa yang dapat suami sebegitu.

Aku takde ciri-ciri yang diidamkan. nakal , tak serious , tak romantic , kurang pengetahuan dalam bidang agama , tak pandai nak bagi ayat-ayat manis yang boleh buat perempuan cair. yup. itu aku. sungguh tidak awesome bukan?

Aku hanya ingin menjadi diri aku , tidak perlu hipokrit , tidak perlu berlumba-lumba untuk menjadi seseorang yang amat berbeza daripada sifat semulajadi aku yang sebenar. tidak semestinya orang yang tak romantic tu tak sweet , betol tak?

Kepada pelengkap tulang rusuk kiriku , saya harap awak dapat terima diri saya seadanya. saya mintak maaf sebab tidak dapat jadi yang sempurna untuk awak. saya hanya nak awak bahagia , dan jika kebahagiaan awak bukan dengan saya , saya relakan awak pergi walaupun dalam sudut hati ini sungguh berat rasanya. 

sayang awak selamanya .

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.