Oct 15, 2011

SEMESTER EMPAT SUDAH TAMAT.

habis sudah semester empat. cepat betul masa berlalu. macam baru semalam aku daftar masuk semester mei-oktober.

pastinya banyak kenangan-kenangan sepanjang semester ini. sama ada kenangan manis mahupun kenangan tak berapa nak manis. semester empat ni banyak mengajar aku erti persahabatan. dedahkan aku kepada kawan yang selalu ada time susah senang dan sebaliknya.

semester ini banyak mengajar aku erti kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang datang. yup. banyak dugaan yang aku dah lalui semester ni dan sedikit sebanyak dugaan itu mematangkan aku. aku sangkakan panas sampai petang , rupa-rupanya hujan di tengahari. yang aku sangka putih , rupa-rupanya itulah yang paling hitam.

kenangan dan pengalaman mematangkan kehidupan.
ia merupakan sebahagian daripada hidup dan harus dihadapi dengan sabar dan tabah. insyaallah.

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.