Oct 3, 2011

.merdeka aku. .merdeka kamu.


merdeka. tak lama je lagi. banyak persepsi untuk menyatakan maksud merdeka yang sebenarnya. 


tiga puluh satu haribulan lapan. itulah hari merdeka setiap tahun bagi negara Malaysia yang tercinta. hari yang diraikan sejak setengah abad yang lalu.


bagi orang-orang lama ataupun retro dalam erti kata lainnya , pastinya hari merdeka ialah hari untuk mengenang detik-detik perjuangan menentang penjajah pada setengah abad yang lalu. pastinya banyak detik-detik bersejarah untuk diingati sama ada detik-detik manis atau pahit. 


bagi golongan pelajar pula , hari kemerdekaan ialah hari berakhirnya peperiksaan. tidak kira sama ada peperiksaan besar ataupun kecik. pastinya hari itu disambut dengan jeritan keriangan meraikan kejayaan mereka mengharungi peperiksaan setelah saban minggu memerah otak dan tenaga.


jika orang ramai akan memenuhi dataran-dataran untuk menyaksikan perarakan hari kebangsaan pada setiap tiga puluh satu ogos , para pelajar pula akan memenuhi shopping complex yang terdekat untuk melepaskan tekanan dan merehatkan kepala otak yang sudah sarat dan overloaded. 


ya. hari kemerdekaan aku hampir tiba. dan aku harap dapat menyambutnya dengan tangisan kegembiraan , bukannya tangisan penyesalan. tangisan kegembiraan dapat membawa aku ke masa depan sedangkan tangisan penyesalan memaksa aku bermula semula dan mempelajari corak pembelajaran yang sama , tidak berbeza.


harap yang terbaik untuk semua. insyaallah.

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.