Sep 10, 2011

Nikmat Shopping MALAM RAYA

last minute shopping best keh?


tahun ni first time aku shopping malam raya. tahun-tahun lepas bila malam raya aku lepak dekat rumah je. kemas rumah. isi balang kuih dengan kuih raya. selalunya kuih yang masuk dalam mulut lagi banyak daripada masuk dalam balang.


yang paling tak boleh belah , layan drama Rosyam Nor dengan Fauziah Nawi. dah banyak tahun drama dorang kena siar time malam raya. perghh.


nasib baik tahun ni takde. pergh pergh perghh..


lepas solat maghrib aku dengan family teruskan misi shopping raya dengan harapan dapat beli harga baik punya bundle. mana-mana mall pon of coz akan jual harga murah gila babi bila malam raya. nak habiskan stok katanya. memang sumpah murah.


kasut rm150.00 ---> rm20.00
baju melayu rm180 ---> rm30.00
baju kurung rm100 ---> rm25.00

saving kemain kan. tapi kalau nak lagi babi punya murah , pergi pukul 11.30 malam ke atas. mall-mall sekitar ibu negara confirm penuh dengan orang-orang yang tak reti-reti nak balik kampung. 

even ketiak aku berpeluh-peluh menahan panas disebabkan orang ramai yang bersesak-sesak untuk membeli keperluan hari raya mereka , aku puas hati sebab dapat rasa macam mana meriahnya sambutan malam raya kat bandar. aku lega sebab duit tak banyak melayang. boleh dikatakan standard bajet aku time tuh. 

'tahun depan kita shopping raya macam ni lagi'. ayah tetiba bersuara. huh? watafakk? nampaknya berpeluh lagi ketiak aku malam raya tahun depan. -.-''






baju raya aku. murah jadah apenya? grrr.. =.=''

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.