Aug 5, 2011

BAIK-BAIK SAYANG -_-

Empat hari bulan lapan dua ribu sebelas. Hanya satu hari ordinari. Tapi bagi aku , hari itu ialah hari penentu segala-galanya. Hari pemisah jarak antara kami berdua.

Pagi itu sudah terasa lain. Resah gelisah semua bermain-main dalam benak perasaan aku. tepat jam 12.45 tengah hari , ku turuni anak-anak tangga daripada tingkat tiga bangunan pentadbiran dengan setiap saatnya aku berharap masa akan berlalu dengan begitu perlahan. Kalau boleh , biarkan 
masa ketika tu berhenti. Tidak berganjak sedikit pun.

Setelah sampai ke ground floor , aku terlihat kelibat seorang yang lengkap berpakaian serba ungu dan mengenakan jeans biru di hujung sudut sana. Sayu dan longlai aku menuju ke arahnya. Aku menatap wajahnya sepuas hati sebab aku tak tau bila lagi untuk aku boleh buat macam tu. masihkah ade peluang untuk aku menatap wajah orang yang aku sayang seperti yang aku buat hari-hari sebelum ni.

Aku sampaikan surat terakhir aku kepada si dia sebelum dia melangkah pergi dan mengucapkan selamat tinggal buat selamanya kepada UITM Penang yang tercinta. Sempat jugak aku bagi lagu yang sering menjadi peneman tidurku sebagai ganti diri aku di sana nanti.

Tepat jam 1.00 petang , kelibat si dia yang sebentar tadi berada di hadapanku perlahan-lahan hilang dari pandangan. Sayu je aku tengok dia pergi. Dia akan pergi jauh meninggalkanku. Lama sangat aku terpaksa berjauhan dengannya. Semoga dirinya sentiasa baik-baik di sana.

Tidak ade lagi orang yang akan teman bila aku bosan.

Tidak ade lagi orang yang akan pinjamkan telinga untuk dengar masalah aku.

Tidak ade lagi orang yang akan bagi semangat bila aku tengah down.

Tidak ade lagi orang yang teman aku tengok wayang untuk lupakan masalah-
masalah yang ada.

Tidak ade lagi orang yang selalu tersenyum manis bila bertembung dengan aku.

Tidak ade lagi kekecohan yang selalu penjadi pengubat hati aku.

Tidak ade lagi orang yang sanggup berpenat lelah untuk aku.

Tidak ade lagi orang selalu buli dan usik-usik aku bila aku tengah drive.

Awak , jaga diri baik-baik tau kat sana. Saya dah jauh nak jaga awak. Kena jaga makan. Takut nanti sakit perut awak datang balik. Kena makan banyak-banyak masa sahur. Jangan nak minum milo je. Takut lapar pulak bila tengah berpuasa. Kena jadi seorang yang kuat. Takut nanti ganggu focus awak atudy.

Good luck study kat sana. Ingatlah yang kat sini ade yang selalu rindu dan ingat kat awak.

Selamat Tinggal Sayangku.  -.-

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.