Aug 20, 2011

SATU SLICE INDULGENCE


Tujuh haribulan lapan dua ribu sebelas. Genap Sembilan belas tahun sejak aku dilahirkan ke dunia. Sembilan belas tahun kehidupan yang penuh dengan kenangan yang manis dan jugak pahit.

Kepada Puan Zarina Ismail , terima kasih kerana telah bertarung nyawa melahirkan aku Sembilan belas tahun yang lalu. Juga kepada Encik Mohd Shuhaimi , terima kasih kerana telah bersusah payah menjaga aku dan memberi kehidupan yang selesa.

Sembilan belas tahun. Bukanlah umur yang masih di tahap hingusan lagi. aku sudah beralih ke tahap yang seterusnya dan cuba untuk kuat menghadapi dugaan hidup yang semakin hari semakin mencabar.

Ini adalah belasan terakhir dalam hidupku. Selepas ini aku akan melangkah ke dunia kedewasaan yang tidak siapa akan tau ape halangan yang menanti ataupun sesukar mana halangan tu.

Kata orang , I’m sweet 19 now.
Doakan yang terbaik untuk aku.

p/s:  entry lama. Baru nak post. Internet problem grrr. -_-




2 comments:

fatin nabilah ;) said...

sedaknye indulgence *drooling

zarif shuhaimi said...

tau takpe. mengidam nih. hehe. :)

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.