Aug 19, 2011

OZIL , VILLA DAN ISU PENGHINAAN AGAMA ISLAM

game antara Real Madrid dengan Barcelona hari tu memang gempak. aku pun tak terlepas jugak tengok dua musuh tradisi ni beraksi kat atas padang. aku minat Real sebab Real adalah team paling kuat dalam PES2011 aku. 

Barca pon aku minat jugak. bukan sebab ramai player top dalam team tu , tapi Barca selalu tunjuk mutu permainan yang berkualiti dalam setiap game. skill permainan yang tersangat perghh yang buat aku minat dengan Barca. 

tapi bila akhir game , timbul pergaduhan antara kedua-dua team tersebut. aku pon tak pasti ape puncanya. yang aku tau Marcello kena kad merah. tup tup Ozil dengan Villa pon kena layang kad merah jugak.

esoknya aku bukak internet dan isu kontroversi Villa dengan Ozil sungguh hangat diperkatakan. Ozil dikatakan bengang dengan Villa sebab Villa telah menghina agama Islam. aku terus google untuk mendapatkan kepastian.







aku pon tak berapa pasti sama ada isu ni betol ke tak. ade jugak yang menyangkal dakwaan Ozil. ade yang cakap macam mana Ozil boleh tau yang Villa hina Islam sedangkan dorang berlainan bahasa.

hmmm.. tak tau lah plak. just leave it to the right one untuk selesaikan kontroversi ni. tapi kalau betol2 Villa hina islam , adakah umat Islam yang lain masih minat dia? adakah kita perlu terus menyokong tanpa mengira sensiviti agama?

renung-renungkan lahhh..






No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.