Aug 16, 2011

MEMORI MERCUN.




sekarang susah betol nak dengar bunyi mercun. jangankan dengar , nak tengok mercun tu pon dah susah kemain. dalam dua hari ni ade la sekali je aku tengok thunderclap meletup. 


haishh. mercun dah pupus kehh? 0.o''


walaupun mercun berbahaya , nak taknak ia dah jadi sebahagian daripada hidup aku. aku rasa orang lain pon rasa macam tu jugak. sejak kecik lagi kita dah didedahkan dengan mercun. kita dibesarkan dengan letupan mercun setiap kali menjelang bulan Ramadhan. kalau sambut puasa takde mercun , ibarat malam gelap gelita tanpa bulan. tak meriahh.


mercun ketupat ialah mercun pertama yang aku kenal. lepas tu baru aku tau mercun-mercun lain macam mercun nyamuk , mercun bola , mercun telur , thunderclap , mercun mancis. bunga api of course tau lah kan. aku takde la bangang sangat sampai bunga api pon tak kenal. 


yang paling best , bapak aku selalu bawak balik banyak gila mercun. ade la dalam dua plastik penuh. bukannya mercun biasa , ni dah tahap mercun yang boleh letupkan rumah orang punya. aku lah yang paling heaven. baling kat longkang rumah orang. lepas tu terperanjat jangan cakap la. aku rasa jiran aku tuh dah sumpah seranah dah. hilang pahala puasa dia. 


part yang aku tak boleh lupa , main mercun sebelah surau. sampai imam tengah baca surah time terawih pon terkejut beruk. lama jugak dia berhenti baca surah tu. kahkahkah lawak gila kott. nasib baik tak tamat riwayat dia. errr..tapi kalau meninggal pon oke ape , banyak pahala kalau meninggal dalam bulan Ramadhan nih. 


banyak lagi memori mercun aku masa zaman muda-muda dulu. sekarang memang susah nak dapat mercun. tak tau la mercun kena sorok ke ataupun semua tokey terbaik mercun dah kena pindah masuk lokap. 


takde apa lagi yang best time raya and puasa macam ni selain mercun. selain memeriahkan suasana , mercun jugak boleh mengeratkan silaturahim. ape barang main mercun sorang-sorang. macam orang bongok pon ade. sendiri yang nyalakan , pastu baling. bila meletup , gelak sorang-sorang. kan dah macam bangang tuh. main mercun ramai-ramai baru ade feel. so , secara tak langsung silaturahim antara pemain-pemain mercun akan terjalin dengan lebih erat.


siapa cakap mercun tak bagoss? siapa cakap main mercun takde faedah? pandai main , pandai jaga. takkan nak suruh aku main bunga api pulak. pastu pusing tangan laju-laju sambil lari-lari nyanyi lagu raya. sungguh pondan. sungguh bapok. grrrr... 




p/s: hari tu member aku baling pop-pop kat aku. kahkahkah. adek aku pon tau main meriam lahh. kahkahkahkahkah *gelak guling-guling



(^^,)

3 comments:

Azro!e said...

nak mercun ke ? gua ada buat bisnes..

zarif shuhaimi said...

lahh. kasi free sudah. member kan.. :p

Azro!e said...

pundek...

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.