Aug 7, 2011

MAHABBAH RAMADHAN

PHILOSOPHY dari kiri: along,syafiq,syed,zarif,harith,syaraf,acap


pada enam ramadhan yang lalu , team Philosophy telah dijemput untuk memeriahkan lagi Majlis Mahabbah Ramadhan bersama-sama anak yatim. 


banyak perkara yang berlaku di luar jangkaan. dengan ketiadaan tiga vokalis utama , persembahan pada masa tu agak kekok. Hulwan dan Samerin tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Syaraf mengalami masalah kesihatan dan memberi impak yang agak drastik pada suaranya. hanya Aku , Harith , Syed dan musician jemputan iaitu saudara Syafiq yang menjadi ayam tambatan untuk menghiburkan tetamu-tetamu yang majority di kalangan VIP.


memang agak pincang show malam tu. ditambah pulak dengan sound system dan jugak mikrofon yang tidak berfungsi secara tiba-tiba ketika berada di atas pentas. huru-hara jadinya show malam tu. memang mengecewakan. tapi ni adalah ujian. setiap benda yang berlaku ada hikmahnya. sabar tu separuh daripada iman.


di sebalik semua kekecewaan , hati ini terubat sedikit bila tengok senyuman yang terukir di bibir anak-anak yatim pada malam tu. aku bersyukur kerana dapat menghiburkan mereka walaupun tak seberapa. senyuman mereka adalah segala-galanya bagi aku. aku harap kegembiraan mereka pada malam tu akan berpanjangan. aku harap mereka kuat walaupun ibu atau bapa mereka sudah kembali menyahut seruan Allah.



PHILOSOPHY bersama sebahagian anak yatim yang hadir.




Ya Allah , kuatkan semangat mereka agar mereka tetap tabah dalam menempuh dugaan hidup pada masa-masa akan datang. amiinn.  (^^,)

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.