Aug 19, 2011

AKU BUKAN MEREKA


gelap. gelap sangat malam ni. segelap masa depan aku barangkali. 

bila duduk sorang-sorang , kepala mula fikir yang bukan-bukan. kadang-kadang ade jugak terfikir , cerah ke masa depan aku nanti?

atau pun gelap , segelap malam yang tidak dihiasi dengan cahaya yang terang benderang?

penentu masa depan aku sudah semakin hampir. dan ape yang pasti , aku masih belum bersedia , semestinya. aku masih perlukan sisa-sisa waktu untuk siap sedia menuju ke medan penentuan.

kalau orang boleh buat , asal kau tak boleh buat?
penat aku mendengar kata-kata yang sering menjadi halwa telinga ni. rambut sama hitam. hati lain-lain. kepala otak pon sudah tentu berbeza. tak sama. 

aku masih bertatih. mana boleh dibandingkan dengan orang yang sudah pandai berlari pecut. aku sentiasa berusaha agar aku dapat bersama-sama berlari dengan pelari-pelari yang telah wujud sejak sekian dulu.

aku bukan mereka.

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.