Jul 20, 2011

SENSITIVITI TAK PENTING KE?


gua pelik kenapa zaman sekarang orang macam dah takde sikap sensiviti terhadap agama sendiri. sanggup nak memperlekehkan hukum-hukum yang dah ditetapkan oleh Allah SWT. hukum yang tak boleh diubah sesuka hati oleh insan yang bergelar hamba.


ade ke patut sorang insan yang sudah mengerjakan umrah , berpakaian tidak senonoh dan menjolok mata. dan dengan sesuka hati berkata; buat ape nak hipokrit? takkan sebelum pegi Mekah pakai seksi pastu bila balik kena tutup-tutup segala. tak payah nak hipokrit sangat..


watafakk? ape dah jadi nih? mana sensiviti kita terhadap Islam? tu sama macam dah permainkan hukum Allah. tutup aurat tu wajib. bukannya sebab hipokrit ke ape. seolah-olah macam bila dah pergi Mekah tu , takde rasa insaf yang timbul. orang sume berebut-rebut nak pergi Mekah , nak mendekatkan diri kepada Allah. tapi sesetengah orang dah dapat peluang macam tu , taknak gunakan dengan sepenuhnya. masih lagi di takuk lama. lebih baik tak payah pergi macam tu. membazir. buang masa. 


ade pulak sorang insan yang selalu photoshoot pakai seksi-seksi. bila tanya kenapa , selamba je dia cakap; saya buat sebab ikut permintaan majalah. saya kena hormat permintaan dorang. takde niat pon nak menunjuk atau carik publisiti.


ni lagi sorang. majalah tu ke yang tentukan hukum? tutup aurat tu pilihan kita ke? kalau kita rasa nak tutup , kita tutup. kalau rasa cam nak dedah2 , kita selamba je bukak sana bukak sini. mana pegangan cik oii? gua bukanlah alim sangat or banyak sangat ilmu. tapi gua sekadar nak mengingatkan sesama hamba Allah di dunia ni. 


marilah kita sama-sama muhasabah diri kita. 
gua tak perfect. gua bukan ustaz.. (_ _'')

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.