Jul 31, 2011

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN 1432H.

bulan Ramadhan dah tiba lagi. so, aku nak ucap Selamat berpuasa kepada blogger-blogger tegar semua. semoga puasa tahun ni membawa seribu satu makna dalam kehidupan kita semua.


bulan puasa adalah bulan yang paling bermakna bagi aku. bukan sahaja sebab bulan ni penuh dengan keberkatan, tapi aku rasa bulan puasa ialah masa untuk semua ahli-ahli keluarga berkumpul beramai-ramai.


bulan puasa boleh mengeratkan silaturrahim di antara ahli keluarga. kalau macam keluarga aku , bila tiba bulan puasa, kitorang akan balik rumah dalam lebih kurang kol lima. lepas tu pergi bazar sama-sama , sediakan juadah berbuka, berbuka bersama-sama, solat maghrib berjemaah and pergi ke surau beramai-ramai untuk solat terawih. rindu sangat waktu tu.


tahun ni aku berpuasa jauh daripada keluarga. segala kenangan berpuasa bersama keluarga hanya boleh jadi kenangan manis dalam hidup aku tahun ni. tapi takpe. belajar adalah satu jalan jihad. Allah sentiasa ada bersama.






Selamat Berpuasa semua. harap ibadah puasa kita tahun ni diberkati dan diterima oleh Allah SWT. insyaallah.. :)



2 comments:

ENCIK TIKUS said...

selamat berpuasa my friendd

zarif shuhaimi said...

selamat berpuasa jugak encik tikus :)

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.