Jul 19, 2011

I'M NOTHING WITHOUT YOU

Hari tu janji pukul 3.30 petang. Tapi aku datang 15 minit lambat. Yup. Aku memang teruk. Sampai je kat stesen komuter batu tiga , aku lihat kelibat sorang yang cukup aku sayangi. Mengenakan baju dan tudung berwarna purple. Feveret color aku. Cantik , cukup cantik. Walaupun keceriaan sentiasa terpalit di wajahnya , tapi aku tau yang dia kecewa dengan sikap aku yang selalu lambat.

Saya mintak maaf awak . .

Destinasi seterusnya ialah Plaza Alam Sentral. Plan asal sebenarnya nak pergi Sunway tengok Harry Potter. Tapi memandangkan hari dah lewat petang , terpaksa cancel plan tu. I’m blaming myself for that. Aku mintak maaf banyak-banyak kat dia. Dia just mengukir senyuman yang amat aku rindukan. Aku tau yang dia kecewa. Aku tau dia terluka.

I am very sorry awak . .

Aku cakap kat dia yang aku teringin nak makan sizzling. Dia dengan hati yang sabar sanggup teman aku sampai tingkat lima iaitu tingkat paling atas kat Alam Sentral. Bila sampai je , sizzling takde. Dah gulung tikar agaknya. Terpaksa turun balik ke ground floor and amek keputusan makan kat KFC je. Kedengaran pulak lagu ‘Two is Better than One’ nyanyian Taylor Swift dan Boys Like Girls menemani setiap langkah perjalanan kami.

Then aku cakap kat dia; awak , lagu ni untuk awak.

Dia hanya diam membisu. Lagu ni menyimpan seribu satu kenangan untuk aku. dan aku nak share kenangan tu dengan orang yang paling aku sayang , yang paling bermakna untuk aku. Just want to say that she is my sweetest memory. Kenangan paling terindah yang pernah aku ade.

Suka sangat duduk dengan awak,

Suka sangat tengok awak makan,

Suka sangat tengok awak gelak,

Suka suka suka . .

Walaupun masa aku bersama dengan dia begitu singkat, walaupun terlalu jarang sekali aku dapat keluar dengan dia, tapi tiap kali waktu bersamanya adalah waktu yang paling berharga bagi aku. setiap perkara yang berlaku pada waktu tu amat bermakna dalam hidup aku walaupun hanya perkara remeh. Sebab aku tau yang sukar untuk aku dapat bersama dengan dia dan aku tak tau bila lagi waktu berharga tu akan datang kembali.


Awak, terima kasih sebab dah ceriakan hari saya. I am nothing without you. <3

3 comments:

mr.key said...
This comment has been removed by the author.
mr.key said...

untung la boleh kluar dgn awek..

zarif shuhaimi said...

bukannya selalu. huu~

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.