Jul 2, 2011

ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA .




apabila kita asek duduk termenung memikirkan nasib diri di sini , merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan. namun kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya.


ramai orang tersalah sangka tentang erti ketenangan dalam hidupnya. selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta , faktor kekayaan. walaupun itu boleh menjadi penyumbang , tapi itu bukanlah segala-galanya. 


betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar , tidur di atas katil yang empuk , tetapi dia tidak boleh tidur dengan lena. ade yang duduk kat pondok yang buruk , tapi dia tidur lagi lena daripada kita.


ade orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat , lauk pauk yang bagus. tapi lidahnya tak sedap , lagi sedap lagi orang yang makan hanya dengan satu dua lauk , tapi lidahnya lagi berasa sedap dan selesa.


takde siapa yang boleh menghalang kehendak Allah SWT . 


jika Allah nak bagi kebahagiaan kepada seseorang , takde satu pun tangan yang boleh menahanNya. jika Allah nak menghalang kebahagiaan seseorang , dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun. jika Allah uruskan urusan kita , dan Allah tak serahkan diri kita kepada kita , even sekelip mata dunia boleh buat ape saja tapi mereka tidak boleh menghalang kebesaran Allah SWT.


ape yang manusia rasa rugi , Allah akan bagi keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka. Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan. orang-orang yang pernah hidup bertawakal , mereka akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal. apabila ade manusia yang melihat dunia dari sudut akhirat , dia akan rasa yang dunia ini sangat kecik. 


kita selalu nak bersyukur kalau kita dapat benda baru. kita lupa yang sebenarnya yang ade kat kita ni adalah satu nikmat yang besar. syukur tu kadang-kadang lebih tinggi nilainya daripada sabar. ramai orang terpaksa sabar , tapi belum tentu orang yang dapat nikmat tu bersyukur.


Nabi Muhammad SAW berpesan. ketika orang-orang kafir mengeluarkan baginda , ketika baginda salah seorang daripada dua , baginda dan Abu Bakar. ketika mereka berdua berada di dalam gua , ketika baginda berkata kepada sahabatnya , ''jangan bersedih , sesungguhnya Allah bersama kita'' .







No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.