Jul 12, 2011

AKU COOL. LOL.

waktu: malam
hari: dah lupa.
jam: 8.00 malam.


masa tu aku baru berniat nak pegi solat maghrib. biasa lah dah dok rumah. banyak usikan-usikan setan yang mendorong aku untuk meneruskan benda-benda yang lagha macam online , tengok TV , main game. pandai setan2 lahanat ni goda aku. damn.


tapi alhamdulillah. aku still gagah untuk menepis godaan2 lahanatullah ni. aku solat dengan penuh khusyuk dan tawaduk. em ok. tu tipu. 


lepas solat , aku terasa tak sedap badan. macam melekit-lekit je badan aku. oke baru aku ingat yang aku tak mandi lagi. damn. then ape lagi. amek towel and terus masuk bilik air. lepas tu.....  woi , takkan adegan aku mandi pon aku nak citer. private lahh. (_ _'')


lepas mandi baru lah rasa nyaman sket badan aku. segar. macam pasangan pengantin baru selesaikan tugas malam pertama mereka. LOL.


lapar adalah perkara wajib bila lepas mandi. biasa lah. time mandi tu banyak sangat energy yang kita guna. energy yang sedia ada dalam badan waktu tu akan berkurang secara otomatik. logik tak penjelasan aku?  =,=''


bila dah lapar , dapur adalah sasaran utama aku. tup tup lauk dah takde. damn. damn. ape ke lahapnya adek-adek aku nih. tapi takpe. aku cool. bila ternampak je kuih cekodok petang tadi kat atas meja , terus aku serbu macam rakus si isteri yang dah 3 bulan tak dapat nafkah batin. weyh!! ape aku mengarut nih?? grrrr... -,-


tengah sedap-sedap melantak tetiba blackout pulak. menjerit adek-adek aku time tu. aku cool je. sebagai seorang lelaki , kena la acting macho sket. aku buat muka selamba masuk dalam dapur yang gelap dan bawak keluar lilin-lilin yang ade untuk aku nyalakan sebagai penerang rumah yang gelap gelita tu. wahhh. ayat takleh bajet lagi ke? grrrr..


lepas tu aku sambung melantak balik. gila kau. makan 3 ketul cekodok boleh kenyang kejadah ape. paling kurang kena makan 10 ketul cekodok untuk mendapat kekenyangan yang serupa seperti makan separuh pinggan nasik. huu.


tengah syok-syok melayan cekodok buatan nenek aku tu , tetiba adek aku bersuara..


adek: angah..
aku: ape dia?
adek: emmm.. emm..
aku: ape dia? ape dia?
adek: emmmmm....
aku: amenda bangang?
adek: angah ade misai..
aku: huh?? o.0''


tersembur cekodok dalam mulut aku. ape ke sengalnya statement dia tu. tetiba je cakap pasal misai. ape kaitan pon aku tak tau. haihh. macam-macam... =..=''









4 comments:

Nur Fara Amny Roslany said...

ta paham. moti f ? kenapa ngan misai ?

zarif shuhaimi said...

tu la pasal. takde kaitan kan? :p

Azro!e said...

part :

'segar. macam pasangan pengantin baru selesaikan tugas malam pertama mereka.'

bodo, dorang penat la malam pertama .


cuci pinggan mangkuk kenduri kawen :)

zarif shuhaimi said...

haha. dorang mandi masa lepas bersanding. sebab tu segar. tak maksud benda len. heh. :p

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.