Jul 3, 2011

AKU BUKAN SETH TAN




perlu ke menjadi seseorang yang romantik dalam perhubungan? 

perlu ke ucapkan kata-kata jiwang setiap kali berjumpa?

aku ni bukanlah jenis lelaki yang romantik , yang suka bagi bunga ros pastu bagi ucapan macam orang dalam telenovela tuu. aku tak pandai nak buat semua tu. aku tak pandai nak bagi surprise untuk happykan dia. aku tak pandai nak karang ayat-ayat cinta yang boleh buat dia cair. i'm totally suck in these.

aku tau perempuan suka lelaki yang romantik yang ala-ala konon macam Seth Tan. aku tak pandai buat sume tu. aku jenis yang nakal. aku suka usik-usik dia. aku suka kacau-kacau dia sampai dia fed up. aku suka buli dia. bila dia merajuk, aku pujuk balik. tu kira romantik ke? =,=''

nak ayat manis pun aku tak reti. just reti cakap 'i love you', 'i miss you', 'saya sayang awak'. not more than that. aku memang jenis lelaki yang tak reti mengayat. aku malu dengan diri aku.

awak, saya sayang awak. walaupun saya tak pandai meluahkan kata-kata cinta, tak bermakna yang saya tak cinta awak. walaupun saya tak ucap kata-kata rindu, tak bermakna saya tak ambik berat pasal awak. sorry sayang. still trying to be a perfect man for you .

love you <3

2 comments:

Anonymous said...

sweetnye la zarep neh =)

zarif shuhaimi said...

haha. mne ade. tak sweet pon. huu~

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.