Jun 3, 2011

PAYBACK

Karma. Satu pembalasan. Sungguh. Tak tipu.


Perkara Satu
Kolej Zamrud

Aku dengan member memang anti dengan kolej ni. Tak tau kenapa. Sejak azali lagi. maybe sebab structure bangunan dia yang agak lama barangkali. Tandas yang sangat ‘pergh’. Bau yang sangat ‘wangi’ hingga menyebabkan hidungku naik resdung yang selama ni tak pernah ada. Lif yang sangat lembab sampai aku boleh korek hidung dua tiga round sementara nak tunggu pintu lif tu tutup. Kitorang selalu kutuk kolej tu. ye la. Mentang-mentang dok kolej bagus, mulut pun lupa nak insurans.


Perkara Dua
Bilik Depan Lif

Bilik kitorang dulu agak terpencil sikit. So, kitorang selalu kutuk bilik yang berhadapan dengan lif. Bilik tu takde privacy. Cuba kau bayangkan. Bila kau baru habis mandi, kau nak pakai boxer. Peha kau gatal-gatal. Mesti kau nak garu and bila dah sedap garu, mesti nak garu tempat lain kan. Kau lupa tutup pintu. Tengah sedap garu, pintu lif terbukak and ramai gila orang dalam tu. mesti kau segan sume tengah tengok kau menggaru. Dah serupa beruk dah.


Perkara Tiga
Tingkat Dua

Kitorang anti sikit dengan tingkat dua kat kolej-kolej. Sebab selalunya tingkat dua yang paling kotor, busuk dan banyak lagi benda2 yang tak owesome langsung. Bila tengah cirit and terdesak nak melabur, sanggup naik tingkat 7 walaupun tingkat 2 yang paling dekat dengan ground floor. Even tercirit dalam lif pun tak kisah, asalkan dapat melabur dekat tempat yang betul-betul heaven and tingkat 2 is not in the list.


* * * * * * * * * *




Aku dah dapat balasan daripada segala yang kutuk2 dulu. Sekarang duduk kat Kolej Zamrud, Tingkat Dua dan dapat bilik betol-betol depan lif. memang dapat full pakej. Amek kau! Tapi aku still enjoy. Tangan didada, mata ke atas~  o.0''


No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.