Jun 5, 2011

HOPING FOR ZERO TEARS

Jumaat, 8.30 pm


macam biasa la, kalau malam-malam minggu macam ni, aku akan lepak dekat food court. sambil menikmati makanan yang lazat, boleh jugak cuci mata usha junior-junior yang boleh tahan kecomelannya. tu kan rezeki. rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. :)


tengah sedap-sedap melayan nafsu makan yang tak sudah-sudah, tetiba aku dapat satu mesej daripada ayah. dalam mesej tu ade cakap pasal wasiat beliau, tuntutan harta kalau beliau sudah tiada nanti, jumlah aset and sebagainya. aku terus terpinga. kenapa ayah send mesej macam ni? aku tak sedap hati. -_-


kenapa send macam tu? tak baik la.. aku reply.


angah, manalah tau. Allah nak ambik nyawa kita bila2 masa je. kalau ayah tak bagitau, mana angah nak tahu kan. angah kena selalu doa supaya ayah dengan ibu dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan..


aku sedih baca mesej tu. aku tak nak ayah ibu pergi. kalau boleh, biar aku yang pergi dulu sebelum dorang. aku tak sanggup nak terima berita-berita sedih pasal dorang satu hari nanti. kalau aku pergi dulu, at least aku boleh pergi dengan tenang sebab dapat tengok muka dua orang yang paling bermakna dalam hidup aku di saat-saat terakhir hidup aku. aku insan yang lemah. aku tak kuat macam orang laen.  -,-







love korang berdua :)

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.