Jun 11, 2011

FINAL FA CUP vs BLOGGER MALAYSIA

sepatutnya gua ade date dengan si dia tapi tetiba ade perkara yang di luar jangkaan berlaku. so takleh nak buat ape la. just boleh menahan rindu yang mendalam. huu~

then bru teringat hari ni final bola. Kelantan vs Terengganu. dengan semangatnya gua menuju ke food court untuk bersama-sama dengan budak-budak Uitm yang lain bersorak sampai suara gua jadi ala-ala Ramli Sarip. nasib baik gua pakai merah. harapan gua Kelantan menang adalah sangat tinggi.

sampai kat food court, gua tengok budak-budak belambak kat situ. gua carik budak-budak yang ala-ala sokong Kelantan and gua terus port kat situ. gua sempat tengok second half je sebab masa first half gua tengah sebok melayan nafsu makan perut gua. gua sayang perut gua sangat-sangat.

bila player Kelantan mula score, gua dah jerit riang. macam budak-budak dapat makan aiskrim. tapi tetiba plak player Kelantan own goal. pergh mood gua dah hilang sikit. gua tengok budak-budak Ganu dah happy. gua jeling je. gua still sokong Kelantan. ape barang Terengganu . 

tapi lepas dah extra time yang lama, Kelantan still kalah jugak. takpe2. kalah tipis je. gua terus cabut sebab brader-brader JPK sebok sangat nak tutup TV food court tu. batak giler. palat. sampai bilik je gua terus bukak lappy and online. gua blogwalking and baca banyak giler entry pasal final FA Cup nih. cepat giler dorang ni update. tak sampai  lima belas minit pun. perghh. dasyat.

gua just nak bagitau yang blogger-blogger Malaysia ni sangat la up to date pasal current2 issues. so, to all Malaysian bloggers, good job! :)




kelantan bolehh!!! :)

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.