Jun 27, 2011

CITA-CITA DAN REALITI

zaman hingus meleleh-leleh. bukannya boleh fikir ape pun kan .


masa zaman sekolah rendah dulu , cikgu selalu tanya cita-cita bila dah besar nanti nak jadi ape. aku dengan bangganya jawab nak jadi doktor. masa tu doktor memang cita-cita yang paling feymes kat sekolah rendah. ade jugak suara-suara yang nak jadi cikgu , jururawat , polis , askar , pilot and peguam.


siapa yang nak jadi doktor masa tu memang orang respect. yela , cita-cita kemain tingginya. mulia pulak tu. tapi aku just ikut member je time tu . dia jadi doktor , so aku pun nak jadi doktor jugak. feymes woo . .


takdir aku sekarang berbeza dengan cita-cita aku zaman muda-muda dulu. maybe jodoh aku kuat dengan engineering. tapi kadang-kadang bidang ni aku tak boleh nak catch up sampai aku ade terfikir yang mungkin ini bukan bidang kehidupan aku. 


aku terima takdir aku. aku redha. aku kuat.


aku kena ambik kesukaran yang aku lalui sebagai satu cabaran untuk aku lebih cemerlang dalam bidang ni kelak. mana ade benda senang dalam dunia ni kan. kesukaran yang aku hadapi menjadi pengalaman berguna untuk aku. pengalaman mematangkan kehidupan. 



No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.