Jun 21, 2011

CINTA ZAMAN SEKOLAH @ CINTA MONYET

Bila dah duduk sorang-sorang dalam bilik tak tau nak buat ape, tetiba teringat pulak masa zaman sekolah dulu. Indah sangat. Gelak tawa, suka duka, kenakalan yang kemain, semuanya sweet memories. Rindu masa-masa tu.  o..o

Satu lagi perkara yang susah nak lupa masa zaman sekolah mesti la bab cintan cintun. Orang kata cinta zaman sekolah ni cinta monyet je. Tapi tak kisah lah. Cinta monyet pun cinta jugak, and cinta monyet banyak bagi semangat dan dorongan untuk aku pergi sekolah setiap hari.

Aku dah banyak kali bercinta monyet ni. Bukan bercinta dengan monyet eh. Beza tuu. Since sekolah rendah sampai sekolah menengah. Ade yang bertepuk sebelah tangan. Ade yang bertepuk dua belah tangan tapi tak berbunyi pun. Ade yang bertepuk dua belah tangan and bunyi kuat kemain. Pandai-pandai la kau nak faham.

Banyak yang kata cinta zaman sekolah ni melalaikan. Ade jugak yang kata cinta zaman sekolah adalah penyebab result exam teruk macam orang takde masa depan. Tapi bagi aku, cinta zaman sekolah adalah pembakar semangat aku untuk lagi banyak berusaha mencapai cita-cita.

Pernah aku suka kat sorang gadis sekolah aku. cantik. Manis. Dia ni kategori cinta tepuk dua belah tangan tapi tak tau bunyi datang dari celah mana. Kau faham tak? Hmm.. selalu aku perhatikan dia. Cara jalan dia. Cara dia bercakap. Cara dia ketawa. Bila aku dekat dengan dia, perasaan debar aku kemain. Cam nak tercabut jantung aku. even aku dapat borak sekejap je dengan dia, aku rasa dunia ni da cukup heaven bagi aku. aku ni dah macam stalker dia yang paling setia. Pernah jugak dia bagi hint tapi aku tak tau sama ada perasaan dia sama ngan aku or tak.

Walaupun takde kepastian tapi aku bahagia dengan cara tu. ia mengajar aku erti kesungguhan, kesabaran dan menghargai kasih sayang. Aku tau dia tau perasaan aku kat dia. Aku tau yang dia tau aku selalu stalk dia. Ade jugak respon positif yang aku dapat tapi still tak confirm. Hubungan tanpa kepastian tapi bahagia. Maybe sebab dia cinta pandang pertama aku.

Sekarang cinta monyetku hanyalah tinggal sekadar cinta monyet semata-mata. Kitorang pun dah lama lost contact. Dia pun macam nak mengelak dari aku. dia taknak aku contact dia lagi. dia nak aku lupakan dia and hanya tinggalkan memori. Aku pasrah. Aku redha. Aku harus terima semua tu. aku tak boleh benci dia sebab paling kurang pun dia pernah buat aku bahagia.

Aku pun dah jumpa cinta hidup aku. Aku dah jumpa permata yang aku cari selama ni. Aku bahagia. Aku gembira. Harapan aku hanyalah supaya hubungan kitorang berkekalan sampai bila-bila. Awak, saya sayang awak. Love you so much honey. . <3

10 comments:

Anonymous said...

Bulan bace ni habis la jeles... hehe

Anonymous said...

ye er

Anonymous said...

ye er

zarif shuhaimi said...

haha. bulan still in my heart. forever :)

Anonymous said...

sape bulan tu???

zarif shuhaimi said...

bulan la. hehe. :)

Anonymous said...

knape bulan jeles plak?

zarif shuhaimi said...

takde sebab bulan nak jeles :)

noor najwa said...

cinta monyet yg sweet.

zarif shuhaimi said...

:D

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.