May 18, 2011

SELAMAT HARI GURU . .

16 MEI 2011. Hari yang gembira buat semua cikgu-cikgu kat Malaysia yang tercinta nih. so, aku nak amek kesempatan ni.untuk ucap Selamat Hari Guru kat semua insan-insan yang bergelar guru. aku rasa belum terlambat lagi kot..

Kepada cikgu-cikgu Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, terima kasih sebab tak jemu-jemu mengajar dan mencurahkan ilmu kat kitorang. Walaupun kitorang nakal, tapi cikgu-cikgu semua tetap sabar dan tabah. Aku nak cakap terima kasih kat cikgu-cikgu yang pernah ajar aku; Cikgu Kamariah, Teacher Dalilah, Cikgu Rafidah, Ustazah Rozanna Azhar, Cikgu Rosni, Cikgu Azhan, Teacher Shila, Teacher Zainab, Cikgu Rasidah, Ustazah Zawiyah, Cikgu Hallid, Ustaz Del, Cikgu Zanariah and semua cikgu yang aku tak sempat nak tulis namanya.

Aku ingat lagi masa form 5, aku selalu ponteng sekolah hari rabu sebab hari rabu ade kelas bahasa arab Ustazah Zawiyah. bukannya sekejap, tiga masa beb. tiga masa sama dengan satu jam setengah waktu pembelajaran.  so aku rasa daripada aku ngantok dalam kelas, lebih baik tak yah datang terus. memang jahil betul aku time tuh. maklumlah, perangai budak-budak tak matang lagi. bila dah masuk universiti, dah jadi mahasiswa, teringat balik kenangan zaman sekolah dulu and rasa menyesal sebab selalu ponteng sekolah. aku rasa sebab tu kot aku dapat C dalam Bahasa Arab Tinggi, SPM. tak dapat berkat ustazah. Ustazah, saya mintak maaf maaf banyak-banyak. :'(

Aku selalu jugak buat hal dalam kelas fizik Teacher Shila. selalu tak masuk kelas, tak buat report, tak buat homework, tidur dalam kelas dia. ade satu hari tu, kitorang malas nak masuk kelas Teacher Shila. so, kitorang plan nak lepak dalam surau. kira cam nak study sendiri la. even aku ni nakal, tapi aku ponteng still jugak bawak buku. ponteng kat surau plak tu. haha. baik gila kan?? pastu tak pasal-pasal kantoi plak. Teacher Shila nak jumpa kitorang dalam bilik dia. Kitorang pun pergi dengan rasa cuak and tawakal dalam hati. memang teruk kitorang kena lecture. siap kena tengking lagi. memang berderau darah aku time tu. tak pernah teacher marah sampai macam tu. lepas daripada tu, aku dah tak pernah ponteng kelas fizik. aku nak berkat untuk SPM. saya mintak maaf Teacher Shila. . :(

Aku bersyukur sebab still jugak dapat result bagus dalam SPM walaupun da banyak buat salah dengan cikgu-cikgu. ni semua berkat doa semua cikgu untuk aku sampai aku boleh berjaya dan ade sesuatu yang boleh dibanggakan. TERIMA KASIH CIKGU. saya rindu cikgu-cikgu semua. HAPPY TEACHERS DAY again. take care. love you guys so much!! :)

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.