May 23, 2011

KISAH AKU DAN MEREKA SEHH .


Khamis, 19 Mei 2011. Hari tu aku dan mereka janji nak pegi sekolah. Nak amek sijil SPM gamaknya. Kitorang janji pukul 10 pagi. and biasa la, janji melayu. Tak selalu punctual. Aku dan mereka sampai kat sekolah pukul 12.45 tengah hari. Tu dah tahap janji melayu yang betul-betul punya melayu. Lambat gila sehh .  -_-

Sampai je kat sekolah, aku dan mereka dapat ‘good news’. Pejabat tutup lunch hour. Dua jam pulak tu. haihh. Then aku dan mereka pegi buat kacau kat junior-junior yang tengah exam. Aku rasa dorang mesti sakit hati gila nak jawab paper time tuh. Haha. Lepas tu aku dan mereka lepak dekat tempat feveret kitorang masa zaman sekolah dulu. KANTIN. Dengan berbekalkan dua ringgit, dua mangkuk cendol telah berjaya dibeli dan dikongsi oleh enam orang. Sharing is caring sehh . :p

Tepat pukul 2.30 ptg, pejabat bukak balik. Aku dan mereka terus serang pejabat sekolah dan amek keputusan masing-masing. Aku dan mereka sangat berbangga melihat result di tangan. Yang paling aku takleh lupa ialah akak kerani tu. comel sehh dia senyum. Pipi tembam. Kulit putih gebu. Bibir mantop. Haha. Sempat jugak la aku bergurau senda dengan dia. Tapi aku tak terpikat pun sebab aku dah berpunya. Bidadari aku lagi cantik sehh . :p

Destinasi seterusnya: Bukit Raja.

 Aktiviti: menonton wayang beramai-ramai.

Aku dan mereka telah bersepakat dan memilih Fast and Furious 5 sebagai movie pilihan. Sememangnya movie tu tak menghampakan. Bak kata encik tikus, filem tu memang ohsemm. Aku memang menikmati movie tu dari awal sampai ke akhir. Disebabkan movie tu, aku dah addict nak drive laju-laju and aku dah berlatih untuk jadi the next Toretto. Haha. Poyo sehh .

Aku dan mereka sangat gembira pada hari tu. Aku dan mereka sangat menikmati setiap saat bersama-sama dan bergurau senda serta gelak ketawa. Aku dan mereka pasti merindui saat-saat itu dan berharap akan ada lagi peluang macam tu pada masa hadapan. Chill you guys. :)






No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.