May 18, 2011

AWAK , SARANGHAE !! (part 2)


Awak, hari yang yang saya tak nak dah tiba. Hari bila awak akan tinggalkan saya. Hari yang awak akan pergi jauh dari saya, jauh kat utara tuu. Saya sedih sangat. Saya tak leh tido malam, asek fikir pasal awak je. Saya rindu awak. Rindu sangat-sangat. Rasa macam baru semalam saya jumpa awak. Tup tup awak dah pergi jauh dari saya.

Awak, terima kasih sebab sudi luangkan masa dengan saya. Terima kasih sebab sanggup datang shah alam untuk jumpa saya. Terima kasih sebab dah jadikan minggu tu minggu yang terbaik dan terindah buat saya. Awak selalu cakap kalau saya busy, takyah datang jumpa awak. Awak cakap yang awak taknak susahkan saya. Tapi saya still datang jumpa awak even saya busy. Saya mintak maaf sebab tak dengar cakap awak. Saya nak awak tau walau macam mane penting pun benda yang saya buat tu, takde yang lagi penting drpd awak sebab awak adalah segala-galanya untuk saya.

Awak, saya mintak maaf sebab saya tak dapat nak teman awak pegi Midvalley hari tu sebab saya ade keje nak buat masa tu. Awak cakap takpe. Awak cakap awak tak nak saya penat kalau saya pegi jumpa awak. Awak, saya tau awak kecewa ngan saya. Saya sedih sangat wak sebab tak dapat teman awak. Saya tak kisah kalau saya penat pun asalkan saya ade selalu dengan awak. Tapi hari tu memang saya tak boleh nak teman awak. Saya mintak maaf sangat-sangat. 

Awak, saya tau saya banyak kecewakan awak. Masa awak nak balik penang pun, saya tak dapat datang untuk wish last goodbye kat awak. Awak cakap nak jumpa saya before awak balik, tapi saya tak datang pun jumpa awak. Saya mintak maaf wak. Saya tak sengaja. Saya memang nak jumpa awak. Nak sangat-sangat tapi kereta saya rosak plak time tuh. Masa tu saya dah macam orang gila dah. Buat tu tak kena, buat ni tak kena. Setiap masa saya fikirkan awak. Saya rasa bersalah sangat. :’(

Awak, baju saya ade bau awak. Wangi sangat. Saya tak tau macam mana bau awak boleh melekat kat baju saya. Mungkin saya takkan basuh baju tu. saya gantung baju tu elok-elok kat bilik saya. Setiap kali saya masuk bilik, saya akan bau baju tu. kadang-kadang saya tidur sekali dengan baju tu. baju tu jadi pengganti awak. Baju tu leh ubat rindu saya kat awak. Awak kat sana jangan nakal-nakal taw. Jaga diri baik-baik. Take care baby girl. Miss you damn much . .  =,=


5 comments:

Anonymous said...

sweetnye..untungla gf die

InessaFitri said...

Aww :') beruntung ur girlf dapat you (:

zarif shuhaimi said...

haha. takde la. i just org biasa je. :)

Anonymous said...

eehm..ye la 2... utk kwn ku...
k.a.r

zarif shuhaimi said...

haha :)

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.