Mar 30, 2011

KALAU ESOK MASIH ADA


Allahumma, kalau esok masih ada, bangunkanlah aku dengan kesedaran yang sama, tangisan yang sama, ingatan yang sama.

Allahumma, kalau esok masih ada, bangunkan aku dalam barisan al Haq, perjuangan yang haq, keyakinan yang haq.

Allahumma, kalau esok masih ada, biarlah ia penuh cahaya, dari kitabMu dan sunnah RasulMu, biar bercahaya seterang-terangnya.

Allahumma, kalau esok masih ada, genangi mataku dengan air mata cinta, rindu yang memenuhi jiwa, kasih yang tidak terhingga, kepadaMu wahai Ilah Yang Esa.

Hidupku Ya Allah seperti sebuah kaca pada mulanya tapi kini jadi permata
bilamana kuserahkan kepadaMu seluruhnya.

Air mataku kini bagai sungai-sungai dunia, ku tangisi kini demi sungai-sungai syurga.

Akanku tangisi masa silamku sehinggalah ia membersihkan jiwaku

Akanku ratapi kesilapanku sehinggalah Kau memandangku.

Allahumma, kalau esok sudah tiada, akhiri hari ini dengan kesaksian sebenar-benar saksi seorang syuhada’.

Allahumma ameen.

2 comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.