Feb 26, 2011

PEREMPUAN DRIVER YANG TERUK??



''tu mesti pompuan yang drive. .'' 

''patut la. . pompuan yang bawak. .''

''issshhh. . pompuan kalau bawak kereta, mesti. . . .''

ni beberapa ayat yang selalu keluar dari mulut driver-driver kat jalan raya bila ada kereta yang dipandu tak menepati tahap professional seorang pemandu. betol takk? takyah nak tekup-tekup muka dengan bantal. just admit dengan penuh jujur dan ikhlas. 

betul ke perempuan driver yang teruk? kenapa setiap kali kesalahan semasa drive contohnya drive slow tahap siput, parking tak kena tempat, belok tak bagi signal, tiba-tiba emergency brake and seumpamanya,, selalu dikaitkan dengan perempuan? 

aku pun dah terikut-ikut dengan pemikiran tu sejak first drive aku setahun yang lepas. bila ada je yang tak kena, mulalah keluar ayat-ayat tu dari mulut aku. itu tak kena, ini tak kena. 

kepada kaum Hawa, rilek dulu. aku belum habis lagi. 

bukan semua perempuan macam tu. ade jugak perempuan yang drive laju gila babengg mengalahkan Lewis Hamilton. aku solute pompuan macam tu sebab dia ada keberanian dan wawasan yang tinggi. :)

tak semua perempuan teruk bila driving. ade jugak kesalahan driving yang lelaki buat tapi disebabkan bilangan driver perempuan yang buat salah adalah majority, semua kesalahan tu dilemparkan kepada perempuan. tapi pada pendapat aku. perempuan bukannya driver yang teruk, maybe dorang just nervous bila driving especially bila first time. it'll take time untuk dorang biasakan diri and kita kena support dorang oke.  ;)


****************

pernah jugak aku try nak racing dengan sorang awek kat highway. naik SLK beb. dah la kereta cun, owner pun cute. geram aku. aku ram kereta aku gila-gila tapi awek tu buat muka selamba je pecut aku and keputusannya korang pikir sendiri la ye. segan aku nak cakap.

pape hal pun, aku nak mintak maaf kalau ade kaum Hawa yang tak puas hati. bukannya nak menjatuhkan, just nak betulkan persepsi driver-driver kat luar sana terhadap driver-driver yang bergelar perempuan. chill oke. :D


No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.