Feb 5, 2011

GADIS MISTERI PART 2



Aku nak sambung citer pasal entry Gadis Misteri (GM) yang pernah aku publish dulu. Kira macam sekuel la nih. cewahh. Kalau sesape yang lupa or tak pernah baca pasal entry aku dulu tu, klik je  Gadis Misteri. :)

Hari tu kelas aku kol 2.00 petang. And macam biasa lah, kol 2.00 petang baru aku kua bilik. Aku memang tak suka pegi kelas awal-awal. That is just not me. Haha. Padahal aku nak cover yang aku overslept dalam bilik hari tu. LOL. :p

So, aku pun berlari-lari anak la pegi kelas or orang putih cakap berjogging. Then aku kol classmate aku nak Tanya dorang kat mane. Selalunya kitorang mesti gerak 9 orang pegi kelas. And selalunya kitorang 9 orang adalah muka-muka yang memang wanted selalu lambat pegi kelas. Dorang cakap dorang baru nak kua bilik. Kureng betol. Buat penat je aku lari. Berpeluh-peluh ketiak aku. =..=

So, aku pun rilek la. Bila sampai kat LP (laman perdana), aku tunggu kat tangga facing mesin ATM. Tangga tu memang jadi tempat orang lalu-lalang. Tapi ape aku kesah. Aku buat muka bodoh je la. Lepak macam kat rumah sendiri. Aku memang suka lepak kat situ sebab boleh usha awek-awek UITM yang cun. Kira tu cam tempat cuci mata aku la. Haa~

Time lepak tunggu classmates aku yang tak sampai-sampai, mata aku then tertumpu kat satu figura seorang gadis yang amat aku cari selama ni. GM aku!! Debar aku datang balik. And time tu sume rasa ade. Rasa nak terkencing, terberak sume ade. Aku kalau nervous memang camtu. Grrr. . -_-

 Aku just senyum je kat dia. Then dia pun senyum balik kat aku even sikit je. Wow. Ade respon. Haha. Happy gila aku. Yang paling best, dia pakai baju color hijau. Sama ngan aku aku. Haha. Rasa macam dah setting lak. Memang cun. Kulit sawo matang, bibir pink yang gebu, body ala-ala miss universe dan senyuman yang surely akan membuatkan sume lelaki tertawan. Perghh. . aku dah gila bayang.   *_*

Aku dah nekad. Aku nak tegur dia. Aku taknak lepaskan peluang yang belum tentu aku akan dapat lagi sekali. Tapi bila aku nak bangun je, classmates aku sampai. Aku borak2 jap pastu aku tengok GM aku dah pegi. Aku cari jugak kat sume tempat tapi tak jumpa. Hampa gila aku. Sedihh. Maybe bukan rezeki aku kali ni. Then aku and classmates aku pun gerak pegi kelas and get ready utk kena marah sebab kitorang memang dah lambat gila babengg. .  =,=




p/s: GM, i akan tetap cari you even seribu tahun lagi. 0.o’’

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.