Jan 12, 2011

HATI TERKILAN

okeyy. aku dah lama gila tak on9. dah rase macam dok bawah tempurung je. semua sebab wifi kolej yang coverage macam haram. kalau dapat pun just limited access and kena tggu dua jam hanya untuk buffering. wtf. alang-alang dah dapat online nih, aku tergerak hati nak surf news online. disebabkan aku just minat baca kosmo, so aku layan je kosmo online.


banyak jugak berita-berita yang aku dapat. fasha sandha pakai bikini la, flight air asia terbabas, guru agama rogol gadis and etc. maybe aku ketinggalan sket berbanding dengan korang-korang kat luar sana. nak buat macam mana kan. lumrah student yang kurang bernasib baik cam aku nih. 


berita yang paling menarik perhatian aku ialah budak yang kena simbah asid. aku tak tau la kenapa. sekarang ni dah banyak citer pasal simbah-menyimbah asid nih. memang dah jadi trend ke? kalau tak puas hati je, simbah asid. kalau jealous je, simbah asid. heyy. ingat asid tu benda main2 ke? ingat simbah asid tu, sama macam simbah air paip? memang la orang boleh cakap tak dapat kawal emosi. pastu senang-senang amek asid simbah kat orang. yang sengsara of course la mangsa simbah tu. it will take years utk sembuh. ingat sekejap ke? tu pun kalau nasib baik. kalau nasib tak baik, boleh cacat seumur hidup. tak kesian ke? 


aku memang panas hati bila baca berita asid nih. yang paling mengejutkan aku, yang simbah tu family sendiri. helo. dah takde otak ke? tu family la. bukannya orang lain. aku bukan nak cakap yang boleh simbah asid kat orang lain tapi tu family dowh. takkan takde rase belas kasihan and kasih sayang langsung. kalau ade buat salah pun, please la bincang baik-baik. tak yah la nak sentuh benda-benda corrosive tu. aku tgk effect kat victim tu pun dah seram. sedih dowh. takkan la korang sebagai family sendiri takde rasa kesian kot. 


dalam news yang aku baca, adik Nurul Dahyatul Fazlinda, 9 tahun yang kena simbah asid dengan bapak kandung dia sendiri. bukan bapak tiri or bapak angkat eh. BAPAK KANDUNG! tergamak bapak dia buat macam tu. budak kecik lagi kot. tak tau pape pun. comel lagi. aku tak tau la kalau-kalau ade family problem. tapi pape hal pun, bapak dia tak patut buat macam tu. tak patut. kalau setakat nak rotan or sebat, oke la. boleh diterima lagi. tapi kalau sampai dah simbah simbah asid tu, memang dah melampau la. sepatutnya bapak dia protect anak dia. ni tak. bapak dia pulak yang rosakkan masa depan anak dia.


of course la masa depan budak tu hancur. macam mana dia nak berdepan dgn orang ramai nanti. member-member sekolah dia pun dah ejek dia hantu. kesian dia beb. comel je budaknya. tapi sekarang dah jadi bahan ejekan. huu~ kepada sape-sape yang terfikir nak simbah-simbah asid nih, tolong la jangan buat. fikir la pasal masa depan orang yang tak berdosa. kesan dia bukan sehari, seminggu, sebulan or setahun. maybe makan masa bertahun-tahun or seumur hidup. fikir la masak-masak before buat something. jangan menyesal nanti sudah. .




p/s: aku bukannya nak tunjuk pandai or tunjuk hero. just nak meluahkan pendapat and apa yang aku rasa. mintak maaf kalau ade yang kecik hati. takde niat pun nak sakitkan hati sape-sape.







No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.