Dec 26, 2010

SEMOGA TENANG DI ALAM SANA


Gambar ni diambil mase kitorang holiday kat port dickson. Gambar ni ade sejuta makna dalam hidup aku sebab ni la gambar terakhir aku dengan arwah nenek. Kitorang memang sengaja bawak atuk dengan nenek pegi holiday sebab nak spend time ngan dorang. Macam-macam aktiviti kitorang buat time tu. Mandi laut, barbeque and etc. Aku ingat lagi macam mana nenek senyum gembira time tu. Gembira sangat. Ketawa. Gurau senda. Aku pun happy tengok nenek camtu.

Beberapa hari lepas tu, aku dapat berita yang nenek dah meninggal. Hah?? Aku macam tak percaya. Rase macam baru semalam je aku lepak dgn nenek. And sekarang nenek dah takde. Hari tu, pagi2 buta lagi family aku balik kampung. Bila sampai je kt kampung, aku dapat rase suasana yang lain drpd biasa. Selalunya, kampung aku meriah dengan gelak tawa, gurau senda and budak-budak berlari. Sekarang, kampung aku dirundung dengan penuh kesedihan. Just bacaan surah yassin je yg menghiasi rumah nenek time tu. aku terus pegi kat ruang belakang rumah jumpa atuk. Aku tengok muka atuk cam biasa je tapi aku tau yg dia sedih sangat sebab kehilangan orang yg sangat dicintainya and tak nak tunjuk kesedihan dia kat semua org. Selama ni, nenek je yg je yg setia menemani atuk tak kira time sihat atau sakit. Aku tau ikatan cinta dorang kuat and surely atuk rase kehilangan sebab dah xde org yg akan teman dia lagi utk hari-hari yg akan datang.

Then, aku pegi ruang tamu and ramai orang tengah baca yasin. Aku nampak jenazah nenek and tiba-tiba je air mata aku gugur. Aku sedih. Makcik aku tenangkan aku and suruh aku bersabar. Aku capai surah yasin yg ade atas meja dan terus membacanya. Fikiran aku berserabut. Hati aku rasa pilu sangat. Beberapa jam lepas tu, jenazah nenek dimandikan, disembahyangkan and dibawa ke tanah perkuburan. Aku tengok sendiri macam mana nenek ditanam. Sebak dada aku. Orang yang aku sayang dah pegi meninggalkan aku. Aku sedih tapi aku redha. Allah lebih menyayanginya. .

‘’nenek, kenapa nenek pergi awal sangat? Angah igt lagi holiday terakhir kita bersama. Mase tu kita seronok sangat. Bila angah tau yg nenek dah xde kat dunia ni, angah rase sedih sangat. Angah mintak maaf sebab x jenguk nenek masa nenek nazak dulu. Angah sebuk dgn keja angah sampai lupa kat nenek. Angah mintak maaf sangat2. Angah x sengaja. Nenek, angah akan sentiasa doakan yang terbaik untuk nenek supaya nenek ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Angah rindu kat nenek. Atuk rindu kat nenek. Semua rindu kat nenek. Semoga nenek tenang di alam sana. Aminn. . -_- ‘’


No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.