Dec 21, 2010

MIMI

Name penuh die nur syamimi. Cantik betul name tu. Secantik dan semanis orangnye. Aku kenal mimi mase keje kat mcd section 3 shah alam. First time aku jumpa dia, aku terus macam jatuh cinta. Entah la. Dia ni mcm ade something yg really special bg aku. Dalam banyak2 awek hot kat mcd tu, aku rase mimi yg plg menawan and aku suka dia. Cinta pandang pertama la konon. Tyme tu dia keje kat kaunter. Shift malam. Aku keje siang ari tu. Shift aku dah abis and aku just nak hantar barang kat kaunter before balik. Bila aku sampai kat kaunter, dia ade kat situ. Betul2 depan mata aku. Aku tergamam jugak la. Speechless. Haih. So, aku just senyum kat dia and dia balas senyum balik kat aku. Aku dah happy gila and  senyum sorang2 sampai kat rumah. Family aku pun pelik tgk aku macam tu.

Beberapa hari lepas tu, aku kena keje shift malam pulak. At first, memang rasa laen sket sebab first time keje malam kan. Ade jugak merungut x tentu pasal. Tapi lame2, aku enjoy keje malam sebab lagi seronok. Xtau kenapa. Budak shift malam pun lagi friendly and sporting drpd budak shift pagi. Yang paling aku suka pasal keja malam sebab dapat jumpa mimi selalu. Mimi memang selalu dapat shift malam and kitorang selalunya masuk keje sama time. 8.00 malam sampai 4.00 pagi. Aku xtau la tu kebetulan or jodoh aku. Haha. Bukannya sehari je. 2 minggu aku keje malam, working time aku msti same dgn mimi. Kalau aku masuk pukul 8.00, dia masuk pukul 8.00. kalau aku masuk pukul 6.00, dia pun masuk pukul 6.00.

Aku dah x merungut da bila kene keje malam. Yela, sebab aku tau ade mimi di sisi aku. Bila nampak je muka mimi, aku jadi lagi semangat nak keje. Aku jadi lagi rajin serajinnya. Haha. Lawak pun ade. Selalunya aku akan keje jaga lobby tingkat atas. Aku x suke keje kitchen time malam2 sebab cnfirm msti penat gila. Customer cnfirm ramai either kat main lobby or drive thru. Lepas tu, kene closing plak. Fuhh. Memang penat. Sebab aku lagi suka jaga lobby. Boleh relaks and tgk tv lagi. Heh. Bila bosan, aku turun bawah lepak kat kaunter sebab aku tau mimi ade kat situ. Aku selesa bila borak ngan mimi and aku akan buat even perkara2 bodoh and memalukan semata-mata nak cakap ngan mimi. Aku suka tgk dia senyum. Cute sangat. Cair hati lelaki aku bila dengar suara manja dia tu.

Ada satu hari, manager suruh aku pegi break. Aku pun amek la makanan aku and makan kat crew room. Bila aku tgh syok menjamu selera, tiba2 aku nampak sorang perempuan yg memang jadi perhatian aku. Mimi! Rupa-rupanya, dia pun kena break same ngan aku. Wow. Memang x sangka gila. So, aku pun gunalah kesempatan tu sebaik-baiknya. Mase tu kitorang dua je dalam crew room. Kitorang pun borak la panjang2 sebab selalu kitorang x dapat borak sangat. Yela, kitorg keje kt bhagian laen kan. Time tu memang the most precious time in my life. Kitorang gelak-gelak. Aku memang terhibur gila tengok dia gelak sakan tapi still control ayu. Lepas hari tu, kitorang selalu share masalah sama-sama. Kalau aku ade masalah dgn keje or something else, aku akan mengadu kat dia. Dia pun macam tu jugak. Kadang2 dia sampai menangis and aku kena pujuk dia. Gentleman sket la. Heh.

After dua minggu keje malam, aku mintak manager tukarkan aku keje shift siang balik. Parents aku tak suka sgt aku keje malam. Tidur pun x teratur. Memang aku sedih jugak la sebab dah x dapat jumpa mimi lagi. Tapi kesedihan aku macam terubat bila aku tau yang mimi pun mintak shift siang jugak sebab dia xde transport nak balik kalau keje malam. Aku happy gila dowh. Wow. Dah bukan macam kebetulan dah. Dah macam jodoh aku. Heh. So, bila keje, aku akan curi2 pegi kaunter semata-mata nak tgk mimi. Dia pun layan aku baik je even aku kacau dia buat keje.  Fuhh. Ade sekali tu, mimi balik awal sket drpd aku. After abis keje, aku pun terus gerak nak balik rumah. Mase aku nak masuk keta, aku nampak mimi kat hujung selekoh. Tengah tggu orang ambik. Aku bukannya nak perasan tapi dia asek pandang aku je. Bila aku pandang dia balik, cepat2 dia toleh tempat lain. Aku just senyum je and terus drive balik rumah. Mimi mimi. . .

Tulah serba sedikit kenangan manis aku dengan mimi. Ade jugak embarassing moment aku dengan dia tapi taknak la citer. Malu dowh. Bia la aku and mimi je yg tau perkara tu. Sekarang aku dah lost contact dengan dia. Xtau la ape khabar dia sekarang. Mimi berhenti keje lagi awal daripada aku sebab nak sambung belajar. Aku x sempat nak wish goodbye pun kat dia. Ape yg aku tau, mimi pernah cakap kat aku yg dia akan smbung study kat unisel. Xtau la unisel mana. Lupa aku nak tanya. Aku memang rindu kat mimi. Rindu sangat. Sekarang aku pun dah berhenti keje. Segala kenangan aku dengan mimi, aku akan simpan dalam hati aku sampai bila-bila. Bila aku lalu kat mcd tu, aku msti teringat kat mimi. Mimi lah satu-satunya orang yg berjaya buat aku angau sampai x keruan macam ni. Aku sayang sangat kat mimi. Aku harap dia bahagia and good luck in her life. Kalau ade jodoh, boleh la aku jumpe mimi lagi. Goodbye babe. Take care. . :)

p/s: ni la tempat keja aku dulu. mcd sec 3 shah alam. thanx sebab dah pertemukan aku dgn mimi. :p

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.