Dec 29, 2010

MATCH AKHIR SUZUKI AFF CUP 2010


 aku dah lama tunggu siaran match akhir ni. berdebar-debar je time tu. tepat pukul lapan malam, aku tekan channel tv1. tapi takde pun siaran langsung. aku ingat memang takde live. hampa la jugak. so, aku just turun bawah and gi melantak. tengah2 aku melantak tu, aku dengar bunyi bising kat ruang tamu bawah. rupa-rupanya ade live and aku salah tekan channel. bapak malu siot. aku tengok bibik aku tengah melompat2 gembira kat bawah. sokong indon la konon. siap pakai baju merah putih lagi. pergh. semangat patriotik betul. heh.

lepas dah puas melantak, aku turun la kat bawah. nenek aku tengah tengok drama kat atas. malas aku nak kacau. aku join je la bibik aku tengok match. time tengok tu, bibik aku boleh plak kutuk-kutuk player MALAYSIA. cakap player malaysia main kasar la, suka tolak-tolak la, pandai berlakon la. aku gelak je time tu. aku malas nak nak bahas balik. aku tau player malaysia memang gempak. aku yakin dorang menang. indon memang takde peluang la nak defeat malaysia. aku saje nak bagi can kat bibik. biar dia rase gembira sket. sebab at the end, dia mesti kecewa gila. haha.


aku memang suka tengok Norshahrul Idlan Talaha main. memang superb sial. power gila. gelecek sana, gelecek sini. gempak dowh. Safee Sali pun terer jugak. dapat scorer terbanyak kot. mane tak terernya. aku suka jugak tengok dia main. lagi-lagi kalau duet dengan Shahrul Idlan. memang takde can la indon nak attack. lagi satu player yang aku minat, Muslim. player defend malaysia. memang power. cara dia clearkan bola. memang terbaik la. tapi yang harus diberi pujian, of coz la goal keeper, Khairul Fahmi. ala. yang muka cam cina tu. makcik aku suka sangat kat dia. hensem dia cakap. haha. congratz la weh sebab dapat tahan bola-bola yang padu daripada pasukan Indonesia.


time half time, aku sempat keluar kejap. nak beli barang kat kedai. yang aku terkejut, jalan raya lengang kot. dah macam balik raya dah. shah alam time tu memang sunyi sepi. Seksyen 2, Seksyen 3, Seksyen 4 semua lengang. pergh. hebat jugak penangan match akhir ni. sampai orang pun dah tak nak keluar outing dah. aku pun speed je la. bukannya ade kereta pun. kalau ade pun, berapa kerat je. boleh kira dengan jari la. haha. kedai-kedai pun tak meriah macam biasa. just restoran-restoran yg ade live show time tu je penuh dengan orang. Restoran Syed, Restoran Darul Ehsan, Mcd, KFC, Restoran Mahmood and banyak lagi restoran yang aku nampak. haha. macam ni la semangat yang kita kena tunjuk. support malaysia habis-habisan. gua memang respect la semua rakyat malaysia. haa~


tapi ape-ape pun, seperti yang aku dah expect awal-awal lagi, MALAYSIA MENANG! walaupun kalah 2-1, tapi still menang dengan agregat 4-2. cayalah malaysia. lepas ni, memang ade can la player kita nak perform kat World Cup. insyaallah. korang boleh punya la. time tu, bibik aku senyap je. tak terkata dia. tu la. kutuk-kutuk lagi player malaysia. dia ingat player malaysia tak kuat ke. memang silap besar la. indon pun sampai kena titik dengan malaysia. haha. aku pun jerit la sekuat hati bila malaysia dah menang. suka gila aku dapat gelakkan bibik aku tu. haha. MALAYSIA BOLEH!







p/s: congratz to player malaysia. korang dah harumkan nama negara kita. keep it up all the good work. harap dapat menang banyak lagi kejuaraan yang akan datang. congratz dowh. gua memang happy gila tak terkata nih. haha. :)




 

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.