Dec 21, 2010

air mineral dan dr. rozmey

Isnin
8.30 malam

Aku baru je balik dari dinner dgn family tercinta aku. Memang banyak gile aku makan time tuh. Nasi lemak, roti telor, sotong goreng and roti naan. Pergh memang pelahap gile. Macam dah setahun x makan. Heh. Tapi xpe kot. Bukannya selalu kan. Lepas dinner aku straight away balik rumah. Yela, dah kenyang kan. Nak jalan pun malas. Tengah dalam keta tu ibu suruh ayah belikan air mineral sebab kat rumah dah habis. Fyi, adek beradek aku memang suka minum air banyak. So, memang sesuatu yg biase la kalau rumah kitorang kehabisan air. Air kan baik utk kesihatan. Heh.

‘’kat rumah ade lagi 4 botol.’’ ayah cakap.

Sampai je depan gate, aku pun terus grab kunci rumah and bukak gate. Memang selalu aku pun yg bukak semua pintu kalau out ngan family aku. Masuk je dalam rumah, aku ternampak pinggan kat atas meja. Pinggan breakfast tuh. Teruk gile perangai. Heh. Aku pun ambik pinggan tuh and bawak gi dapur. Then ibu masuk. .

“ mana air mineral nya bang?’’ ibu tanya ayah.

“ ade kat dapur tu. Cuba check betul2’’  jawab ayah.

“ mana??? Xde pun. ‘’ ibu tanya lagi skali sambil mata tertumpu kpd beberapa botol kosong kat kabinet.

Ayah pun terus masuk dapur to prove that he was telling the truth.

‘’ mana airnya?? Botol kosong banyak lah. ‘’ sindir ibu.

Then ayah pun ambik cerek air kat stove and tuang dalam botol2 kosong yg ade. Kira cam nak cover line la. Heh.  Selalunya kitorang akan masak air dalam cerek tapi malas nak transfer. So, bila nak minum terus amek straight from the cerek.

‘’  haa.. kan dah ade air ni ‘’ kata ayah.

‘’ 4 botol apenya?? 2 botol pun sampai. Abang  ni macam dr.rozmey laa. . ‘’ balas ibu.

‘’ kenapa ngan dr.rozmey lak?? ‘’ ayah kehairanan.

‘’  yelah. Dr rozmey kan target filem die akan dpt kutipan 4 juta tapi entah-entah 2 juta pun x sampai. Same la cam abang ni. Cakap air ade 4 botol tapi 2 botol pun sampai. ‘’ balas ibu.

Aku yang tengah dok basuh pinggan tu, tergelak besar dowh. Nak menangis aku tahan gelak. Mane tak nya, x pasal2 plak name dr rozmey keluar. Xtau la mane timbul idea ibu aku nak bandingkan dr rozmey tu. Memang lawak gila. Sumpah x tipu. Hahahaha. Em dr rozmey mesti tgh tersedak kat rumah nih. X senang duduk dia. heh. Macam-macam hal. Pape pun, chill selalu oke. Senyum itu sedekah. . J



p/s: haha. chill :)

No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.