Nov 3, 2010

FINAL OH FINAL

bace entry ni pn aku da rase gerun and cuak yg teramat lah. aku pn xtau kenapa aku rase smpai macam tu skali. tp cuak2 aku pn, bknnye aku study hard pn. still gak maen2, jalan2 kt jusco and membuta je sepanjang hari. xde rase keinsafan pun. haih. ape nak jadi dgn aku nih. tapi xpe, kepada sesiapa yang mempunyai sifat kemalasan yang tinggi semasa musim final macam aku ni, ade benda yang korang perlu ambil berat time kat dewan peperiksaan. aku tau kalau da sampai kat dewan tu, hati korang msti berdebar tahap gaban smpai nak rase nak terkeluar kan??



Perkara-perkara yang perlu diambil berat ketika di dalam dewan peperiksaan.


1. Sikap pelajar yang duduk di table kiri dan kanan kita.

Ini adalah perkara pokok dalam setiap pengharapan semasa menghadapi exam. Amat malang lagi celaka apabila pelajar yang duduk di kiri dan kanan kita amat kemut dalam berkongsi maklumat. Alah apalah sangat jawapan exam tu. Tak payah la nak tutup-tutup. Bukak je luas-luas atas meja tuh. Bukan aku nak kacau kau jawab exam pun. Aku nak compare jawapan kau sama ke tak dengan jawapan aku je. Tu je.

Berikut adalah ciri ciri pelajar yang amat ideal lagi cocok untuk duduk di table sebelah menyebelah kita:

  1. Setiap sem dapat anugerah kelas pertama.
  2. Mempunyai tulisan yang amat besar untuk memudahkan kita melihat setiap huruf yang ditulis.
  3. Melorek dengan pantas pada kertas jawapan OMR dengan tawadhuk tanpa ragu ragu.
  4. Mampu mendengar bisikan bisikan halus yang keluar dari mulut kita semasa meminta maklumat.
  5. Mampu memberi respon yang baik atas bisikan bisikan halus yang telah kita lemparkan kepadanya, tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka kepada penjaga-penjaga peperiksaan yang macam sial asyik nak usya orang je.
  6. Gadis yang comel dan genit (Bonus)


2. Keadaan tubuh badan yang optimum.

Tubuh badan yang optimum membolehkan kita memerah otak dengan lebih efisyen untuk mengekstrak jawapan-jawapan yang boleh kita hemboskan atas kertas jawapan. Kalau time time exam nak demam la, nak selseme srott srott, nak sakit perut kesan sambal cili api sarapan, memang letih. Baru nak tulis jawapan, dah terbayang jamban. Baru nak derive equation, dah terbayang katil. Macam mana? Dah boleh bayangkan kot hurup D atau U time tengok result kat website nanti.

Jadi pastikan kamu main bola tiap-tiap petang. Sambil bersukan boleh juga usya-usya gadis 'saksi' berjemur kat tengah padang.


3. Reliability setiap alat tulis dan alat kira.

Alat-alat basic seperti pensil, pen, pemadam dan sebagainya haruslah beroperasi dengan optimum. Pastikan bekalan ubat pensil yang mencukupi, lebih-lebih lagi untuk yang selalu melukis kartun-kartun tak berfaedah atas kertas soalan. Kang lukis kartun boleh, nak lorek atas kertas OMR tak dapat. Dah kena mintak ubat pensil table sebelah. Lepas tu penjaga peperiksaan datang tanye haa tau terkial-kial. Sape yang susah?? Bawaklah at least 2, 3 batang pen. Aku takpe bawak sebatang je sebab bukan pakai banyak sangat pun. Kalau bawak pen banyak-banyak pun bukan boleh buat jawapan aku bertambah atas kertas jawapan. Abis-abis buat pusing-pusing kat tangan je sambil termenung nak makan ape lepas exam nanti.

Untuk pelajar engineering, kalkulator casio Fx-570MS memang tidak asing lagi. Pastikan bateri kalkulator mencukupi. Kalau agak-agak dah kelam sikit kaler nombor-nombor kat skrin tu pegi la tuka bateri. Bape pound je pun. Nak tukar bateri kalkulator pegi kedai jam sane. Jangan pegi kedai basikal kang kena sebat dengan tiub basikal padan muke. Lepas tu jagelah kalkulator kamu bagai menjaga seekor kambing untuk korban Aqiqah. Dah tau mende tu penting jangan lah letak sepah-sepah. Tulis name besar besar kat kalkulator tuh. Jangan sampai time jawab exam nanti kamu tulis function pakai kalkulator henset. Ade ke tak function dalam kalkulator hanset? Hanya Tuhan yang tahu.


4. Sikap penjaga penjaga peperiksaan (invigilator betul ke aku eje ni ah pegi mampos)

Sebelum memulakan operasi taktikal menyerap maklumat-maklumat penting dari pelajar sebelah-menyebelah, kita harus pastikan keadaan emosi, fizikal dan spiritual penjaga-penjaga peperiksaan. Mereka adalah musuh ketat kita. Ingat peribahasa inggeris yang terkenal, "Keep your friends close, keep your enemies closer". Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Kira dengan tepat berapa jumlah penjaga peperiksaan dalam dewan tersebut. Tindak-tanduk, lokasi mereka, arah perjalanan mereka, pandangan mata mereka, mimik muka dan sebagainya. Setiap inci perlakuan mereka haruslah diamati dengan teliti demi menjamin keselamatan result kamu kelak.
  2. Pastikan jantina mereka. Mengikut pengalaman dan makrifat aku, penjaga peperiksaan lelaki mempunyai peratus yang lebih tinggi untuk mengantolkan cubaan-cubaan lahanat pelajar untuk meniru dalam peperiksaan. Yang perempuan paling kuat pun die sound sambil buat muke garang. Kewarganegaraan penjaga peperiksaan juga tidak harus dipandang enteng. Penjaga peperiksaan berkulit putih biasanya lebih serius dalam menangani masalah peniruan ini. Jadi berhati-hati.
  3. Bunyi tapak kaki. Kenal pasti bunyi tapak kaki mereka. Ini untuk mengelakkan kamu diherdik secara melulu dari belakang semasa kamu sibuk mencedok jawapan dari table sebelah. Ambil kira faktor ambient temperature, humidity dan arah angin di sekeliling kamu. Semua itu mempengaruhi tempoh masa perjalanan gelombang bunyi dari tapak kasut penjaga peperiksaan ke gegendang telinga kamu. Kira dengan tepat jarak antara kamu dan setiap penjaga peperiksaan. Pastikan jarak selamat tidak kurang 20 meter.

Walaupun pelbagai langkah keselamatan telah diambil, namun masa depan kita bukan di tangan kita. Tidak mustahil gerak-geri kita mengundang perasaan ingin tahu sesetengah penjaga peperiksaan yang terbabit. Kalau kamu tengah sibuk melihat kertas jawapan meja sebelah kamu, dan tiba-tiba datang satu perasaan seram sejuk, dan dari ekor mata kamu nampak seseorang menuju ke arah kamu, langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
  • JANGAN buat eye contact. JANGAN! Ini kesalahan biasa yang dilakukan oleh rookie-rookie peniru-peniru tegar.
  • Alihkan kertas jawapan ke arah pandangan kamu. Arah mata pastikan ke atas kertas jawapan. Buat buat sibuk berfikir dan jangan terus menulis.
  • Buat muka selamba dan tak bersalah. Jangan takut. Dia tak ada bukti kamu meniru. Dia tak rekod setiap perlakuan kamu pakai video cam. Teruskan menulis seperti biasa.
  • Bila kamu disoal, jawab dengan tenang. Kawal pernafasan dan jangan huru-hara. Dia psiko je tu. Layankan je die dulu. Agak-agak die tak dapat kantolkan kamu, die pon blah aah.
  • Sematkan dalam fikiran, "Tak kantol Tak kantol". Keyakinan diri amat penting bagi menhadapi situasi mendebarkan seperti ini.
  • Kalau kene halau jugak, ready je lah nak repeat lagi subjet tersebut sem depan. Takde hal lah extend satu semester lagi. Sem depan msti korg boleh dapat dekan punye. Iyalah, da blaja dulu kan. .:p


No comments:

hak cipta terpelihara.zarifsonickdotblogspot.